Aksi Perak menentang Kedah dilangsungkan dalam keadaan padang yang tidak begitu baik akibat cuaca yang hujan sebelum perlawanan berlangsung.
Walaupun begitu, aksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan cuba baik apabila masing-masing menunjukkan corak permainan terbuka.
Namun begitu, tiada gol berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan walaupun beberapa percubaan bahaya berjaya dihasilkan oleh pasukan Perak dan juga Kedah.
Akan tetapi, insiden utama di separuh masa pertama adalah ketika Liridon Krasniqi dikenakan kad kuning selepas beliau mengasari Shahrom Kalam.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus mencari gol untuk meletakkan pasukan masing-masing dihadapan.
Apa yang boleh dikatakan adalah keadaan padang yang tidak begitu baik telah memaksa pasukan Kedah untuk beraksi dengan taktikal bola tinggi.
Perak akhirnya menajaringkan gol selepas percubaan Hafiz Kamal dari jarak dekat di dalam kotak penalti berjaya menghasilkan gol pada minit ke-61.
Namun begitu, Kedah membalas semula selepas rembatan cantik Baddrol Bakhtiar menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter menewarkan Hafizul Hakim di gawang Perak.
Perlawanan kemudiannya menyaksikan kedua-dua pasukan terus mencuba mencari gol kemenangan namun hasilnya tidak ada.
Secara keseluruhannya, perlawanan ini adalah perlawanan terbuka untuk kedua-dua pasukan malah kedua-dua pasukan mempunyai bilangan percubaan yang sama banyak.
Keputusan penuh, Perak 1-1 Kedah.
Kesebelasan utama
Perak: Hafizul Hakim (penjaga gol), Shahrom Kalam (kapten), Amirul Azhan, Thiago Aquino, Nazirul Naim, Hafiz Kamal, Nasir Bashruddin, Zaquan Adha, Yashir Pinto, Faton Toski, Hadi Yahya
Kedah: Ifwat Akmal (penjaga gol), Zac Anderson, Khairul Helmi Johari (kapten), Fitri Omar, Akram Mahinan, Baddrol Bakhtiar, Halim Shaari, Sandro Da Silva, Syazwan Zainon, Liridon Krasniqi, Ken Ilso
Baca juga: Ilija Spasojevic Umum Letak Jawatan Sebagai Kapten Melaka United