Perak Tawar Pengangkutan Percuma Buat Penyokong Ke SSI

Pengurusan Perak tampil dengan inisiatif tersendiri buat para penyokong bagi aksi tertunda membabitkan pasukan diwakilinya itu menentang cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super 2024/2025.

Terdahulu, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) secara rasminya telah pun terpilih selaku lokasi baharu bagi aksi tertunda membabitkan antara Perak menentang JDT pada 10 November akan datang.

Pengumuman itu dinyatakan secara rasmi oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebentar tadi dengan laman utama Harimau Selatan itu terpilih bagi aksi berkenaan.

Walaupun beraksi di SSI, pasukan tuan rumah tetap menjadi milik Perak dan JDT bakal tampil selaku pelawat untuk aksi tertunda tersebut yang sudah pun dua kali dibatalkan.

“Perak FC telah memaklumkan kepada Malaysian Football League (MFL) bahawa aksi Liga Super (LS9) antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November 2024,” jelas laman berkenaan.

Menurut MFL, SSI dipilih sebagai lokasi perlawanan tersebut selepas Perak sendiri menamakan stadium itu ssebagai laman rasmi bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan atas asbab ia merupakan aksi berprofil tinggi.

“MFL sebelum ini telah meminta Perak FC untuk menamakan venue alternatif berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi ini selain untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang mungkin akan menangguhkan lagi jadual Liga Super bagi separuh musim ini yang masih belum lengkap.

“Sebagai maklum balas kepada permintaan MFL itu, Perak FC telah menamakan SSI sebagai gelanggang mereka untuk perlawanan tertunda tersebut,” ujar laman itu lagi.

Malah, Perak sendiri tampil bersama kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut dengan mereka turut menawarkan pengangkutan percuma buat penyokong untuk ke SSI.

“Sehubungan dengan itu, setelah pertimbangan dibuat dari segenap sudut serta bagi menghormati pihak penganjur dan pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), Perak FC bersetuju untuk perlawanan yang dimaksudkan ini dilangsungkan di SSI demi kelancaran perjalanan Liga-M musim 2024/25.

“Selari dengan pengumuman tersebut, Perak FC dengan ini menawarkan pengangkutan percuma kepada semua penyokong skuad The Bos Gaurus yang ingin ke SSI pada Ahad ini bagi menyaksikan serta memberikan sokongan kepada skuad kesayangan kita. Yob dan yong yang berhasrat untuk ke SSI nanti boleh berhubung terus dengan Sekretariat Perak FC.

“Selain itu, semua pemegang tiket perlawanan tertunda sebelum ini boleh menebus tiket-tiket tersebut di kaunter yang disediakan dan pihak kami akan menyalurkan maklumat-maklumat tersebut dengan kadar segera bagi kemudahan para penyokong Perak FC.

“Pada masa sama, semua pemegang pas semusim juga adalah dibenarkan untuk masuk ke SSI bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Perak FC memohon maaf atas keputusan yang diambil ini setelah meneliti isu-isu teknikal yang dibangkitkan oleh pihak MFL dan segala kesulitan yang dialami oleh para penyokong skuad The Bos Gaurus.

“Kami sekali lagi menyeru kepada semua yang berkesempatan dan berkelapangan untuk hadir beramai-ramai ke SSI bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan kita,” jelas laman tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN