Perak Tampil Garang Dengan Jersi Kuning Dan Hitam

Juara Piala Malaysia 2018, Perak semalam melancarkan jersi baharu mereka untuk musim 2019 sambil disaksikan oleh 10 ribu penyokong yang hadir pada majlis pelancaran jersi tersebut di Dataran Bandaraya Ipoh.

Majlis tersebut dimulakan dengan persembahan artis jemputan sebelum para pemain skuad The Bos Gaurus tampil di atas pentas dengan dua set jersi iaitu berwarna kuning untuk perlawanan ‘home’ (tuan rumah) dan hitam untuk perlawanan ‘away’ (tempat lawan).

Para pemain Perak memperagakan jersi mereka di atas pentas. FOTO: Perak TBG
Jersi ketiga akan dilancarkan kemudian

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendedahkan jersi ketiga skuad The Bos Gaurus akan dilancarkan pada bulan depan dan ditampilkan pada perlawanan kelayakan AFC Champions League (ACL) yang pertama.

“Kita cuma tunjukkan dua set jersi iaitu warna kuning dan hitam malam ini. Namun selepas ini, ada jersi ketiga akan dipamerkan kemudian iaitu jersi utama yang akan dipakai untuk menghadapi saingan play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Jersi itu akan lebih eksklusif daripada dua jersi yang dipamerkan ini, itu yang kita hendak penyokong nanti-natikan. Kita hanya akan dedahkannya tidak lama sebelum perlawanan play off ACL itu berlangsung. Jersi ketiga ini melengkapkan warna negeri Perak iaitu putih, kuning dan hitam,” jelasnya dalam kenyataan rasmi di laman facebook Perak TBG.

Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menunjukkan jersi ‘HOME’ pasukan Perak. FOTO: Perak TBG

Yang menariknya, jersi dari jenama Umbro tersebut disertakan dengan mesej tertulis ‘Save Water’ (Jimatkan Air) dan juga ‘Quit Smoking’ (Berhenti Merokok).

Faizal menjelaskan mesej dalam bahasa Inggeris itu tidak bermakna pihaknya tidak mendaulatkan bahasa Melayu tetapi ia selari dengan kedudukan The Bos Gaurus yang kini bermain di peringkat antarabangsa

“Kali ini juga kita akan bertanding di peringkat antarabangsa. Di peringkat setinggi itu, kita akan bawa mesej dari rakyat negeri Perak iaitu ‘Quit Smoking’ dan ‘Save Water’.

“Saya harap kita dapat beli jersi, pastikan anak kita memakainya dengan rasa bangga, bersekali dengan mesej ‘Quit smoking’ dan ‘Save Water’.”, ujarnya.

Mengulas mengenai persiapan pasukan dan barisan pemain untuk musim baharu, Ahmad Faizal yakin dengan kemampuan skuad kendalian Mehmet Durkovic selepas mereka mencipta kejutan dengan menjulang Piala Malaysia tahun lepas.

“Kita tidak buat banyak sangat perbezaan dari pasukan lama kerana kita adalah Juara Piala Malaysia 2018. Insya Allah pada tahun ini kita akan cuba lakukan sebaiknya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN