Salah siapa? Pemain? Pengurusan? Jurulatih? Tajuk-tajuk ini seringkali diputarkan di media media sosial terutamanya dalam kitaran penyokong Perak usai keputusan perlawanan membabitkan pasukan Perak telahpun diketahui.
Terbaharu, Perak dimalukan T-Team 3-0 di Kuala Terengganu. Kata-kata seperti, “apa sudah jadi dengan pasukan Perak?” barangkali bukanlah lagi satu isu yang menggemparkan saat ini.
Hal ini kerana sudah hampir 6-7 musim kebelakangan ini Perak seakan tercari-cari rentak, masih lagi kata orang mencari resipi kemenangan, kebanggaan, dan kejayaan untuk dijulang dan menjadi bualan dan kebanggaan seluruh rakyat Darul Ridzuan.
Pemain berganti pemain, jurulatih berganti jurulatih dengan kejayaan yang paling mendekati sebuah piala hanyalah pada musim 2016 iaitu mara ke separuh akhir Piala FA Malaysia itupun kecundang di tangan PKNS FC.
Sasaran rendah?
Di mana silapnya? Saat ini pencapaian yang sering diuar-uarkan penyokong Perak untuk berasa bangga ialah, “pasukan kami tidak pernah bermain di Liga Perdana.”
Jadi apakah pengurusan selesa dengan hanya meletakkan KPI seseorang jurulatih itu hanya menduduki kelompok 6 terbaik dalam liga?
Jika ya, maka selama ini para pemain tidaklah mahukan kejuaraan, tidaklah dahagakan kemenangan. Cukuplah mengekekalkan rekod agung yang tidak mungkin dipecahkan mana-mana pasukan iaitu tidak pernah turun ke divisyen-2.
Pengurusan Perak walaupun tidaklah begitu bersemangat membangunkan bola sepak Perak, namun bolehlah dikatakan telah membuat kerja mereka.
Pasukan Perak tidak terlibat dengan isu-isu besar seperti pemain tidak dibayar gaji dan sebagainya malah jurulatih Perak juga bukanlah calang-calang orang.
Individu yang bertanggungjawab membawa Malaysia ke Olimpik Moscow 1980, Karl Heinz Weigang atau lebih dikenali sebagai Atok dalam kalangan peminat The Bos Gaurus.
Walaupun sudah tua namun semangatnya untuk membantu pasukan Perak amatlah jelas. Hal ini terbukti apabila jarang sekali beliau duduk ketika Perak sedang bermain.
Memerhati dan menganalisa taktikal dan corak permainan pasukan lawan, kemenangan demi kemenangan diperoleh dan kemuncaknya apabila berjaya menumbang gergasi bolasepak tanah air iaitu JDT dengan kemenangan 2-1.
Namun dek kerana mempersoalkan padang latihan Weigang dipecat pengurusan. Pengganti beliau juga bukan calang-calang orang – beliau adalah Mehmet Durakovic.
Bekas pengendali Selangor yang membawa Piala Malaysia buat kali ke 33 ke negeri Merah Kuning. Namun begitu skuad The Bos Gaurus masih lagi terumbang ambing tidak tentu arah. Di mana silapnya?
Mana semangatmu Seladang?
Saya disini ingin mendedahkan punca utama kehambaran pasukan Perak. Bagi saya, pemain tidak langsung bermain untuk negeri Perak Darul Ridzuan – tidak ada diantara mereka yang bermain bermati-matian demi lencana di dada.
Lihat saja pemain-pemain muda Perak, pada mulanya cemerlang satu atau dua perlawanan kemudian longlai hingga ke akhir musim.
Peluang-peluang mencipta gol amatlah jarang dipersembahkan jauh sekali jaringan di mana tiada langsung pemain Perak menduduki carta penjaring terbanyak Liga Super sehingga kini (8Mei 2017) Perak menduduki tempat keempat liga.
Tapi seperti yang saya katakan tadi. Tempat keempat cukup baik, kerana jurulatih, pengurusan dan pemain hanya bermain untuk kelompok 6 teratas atau setidaknya tidak jatuh ke Liga Perdana.
Perjuangan masih lagi perlu diteruskan, bangkitlah. Bangkitlah pahlawan seladangku. Kita bukanlah sedang tidur. Kita umpama sang seladang yang bersedia untuk menerokam (menerkam dalam loghat Perak) musuhnya namun tidak berani!
Ayuh The Bos Gaurus. Kejor Yoep Kejor!
Kepada penyokong-penyokong Perak Darul Ridzuan!
Anda boleh mendapatkan jersi Perak 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Klik link di bawah untuk mula membeli:
SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017
Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!
Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.
Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan Ahmad Faris Ramli yang merupakan peminat setia Perak. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .
Baca juga: Kenali Clapton FC: Gerakan Komuntiti Yang Menentang Bola Sepak Moden