Perak Raih 3 Mata Atasi Kuala Lumpur, Terus Terajui Kumpulan B

Perak TBG

Perak yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir TM Piala Malaysia 2017 mengukuhkan kedudukan di tempat teratas kumpulan B apabila menumpaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam perlawanan di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Perak memperoleh peluang keemasan melalui gerakan Abdul Hadi Yahaya yang melorongkan cantik bola kepada Gilmar Jose Da Silva Filho.

Gilmar berjaya melepaskan rembatan namun percubaan tersebut ditepis keluar Ahmad Solehin Mamat di gawang Kuala Lumpur pada minit ke-10.

Gilmar sekali lagi terlepas peluang bagi menghasilkan jaringan pendahuluan apabila beliau yang berjaya melepasi pertahanan lawan melakukan sepakan leret yang lemah mudah ditangkap Solehin selang 11 minit kemudian.

Dua kekecewaan tersebut ditebus Gilmar pada minit ke-22 apabila beliau yang mendapat umpanan dari Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak berjaya memperdayakan pertahanan Kuala Lumpur dan seterusnya meledakkan rembatan bagi jaringan pertama buat pasukan The Bos Gaurus.

Kuala Lumpur turut beberapa kali melancarkan serangan ke kawasan Perak, namun masih belum mampu untuk menghasilkan jaringan.

Gol kedua tuan rumah menjelma pada minit ke-37 perlawanan hasil dari sepakan sudut Mohd Nazrin Mohd Nawi yang berjaya ditanduk Kenny Pallraj bagi menamatkan aksi babak pertama dengan kedudukan 2-0 buat Perak.

Perak terus menggandakan usaha bagi menambah jaringan dan peluang terbaik hadir pada minit ke-52 akibat dari situasi kelam-kabut dihadapan gol.

3 percubaan berturut-turut yang dilakukan dihadapan gol Kuala Lumpur itu berjaya dikekang pertahanan dan penjaga gol pasukan lawan.

Kuala Lumpur yang masih belum berputus asa terus memperkemaskan aksi dalam usaha mencari jaringan.

Beberapa siri serangan yang dilancarkan Kuala Lumpur digagalkan oleh ketangkasan  Khairul Amri Salehuddin yang diberi kepercayaan mengawal benteng terakhir Perak malam ini.

Keputusan perlawanan kekal 2-0 buat Perak untuk terus menggungguli tangga teratas kumpulan B berbaki 1 lagi perlawanan yang bakal berlangsung pada bulan September nanti.

Perlawanan ini juga memberikan peluang kepada pemain yang jarang diturunkan oleh Mehmet Durakovic beraksi seperti Jasazrin Jamaludin, Mohamad Idris Ahmad , Ibrahim Aziz dan Mohd Nizad Ayub.

Barisan pemain :

Perak

Khairul Amri Salehuddin (Penjaga Gol), Mohamad Idris Ahmad, Thiago Junio De Aquino (Ketua Pasukan), Shahrul Mohd Saad, Jasazrin Jamaludin, Kenny Pallraj A/L Davaragi, Leandro Dos Santos Oliveira (Ibrahim Aziz), Mohd Nazrin Mohd Nawi (Yashir Armando Pinto Islame), Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Abdul Hadi Yahaya & Gilmar Jose Da Silva Filho (Mohd Nizad Ayub)

Kuala Lumpur

Ahmad Solehin Mamat (Penjaga Gol), Muhammad Hazwan Rahman, Bobirjon Akbarov, Mohamad Hisyamudin Sha’ari (Ketua Pasukan), Mohd Farid Ramli, Muhammad Hardee Samsuri (Zhafri Yahya), Muhamad Hafiz Mohd Johar, Nicolas Alejandro Dul (Na’im Nazmi Zainudin), Abdul Manaf Mamat, Paulo Josue Sturmer Do Reis (Muhammad Irfan Zakaria) & Ibrahim Syaihul

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN