Perak & Pahang Sama Liat, Terikat 1-1 Di Ipoh

Perak

Perak masih kekal ditangga kedua unifi Liga Super Malaysia 2018 walaupun sekadar seri 1-1 berdepan Pahang di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Setelah Johor Darul Ta’zim mengesahkan kejuaraan liga pada hari Selasa lalu, anak buah Mehmet Durakovic dan Dollah Salleh turun berentap dengan misi bagi merebut tempat kedua.

Pahang yang masih segar dengan kejuaraan Shopee Piala FA 2018 membuka tirai jaringan pada minit ke-16.

Gol dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha yang menolak masuk dengan mudah bola hasil lorongan cantik dilakukan Mohamadou Sumareh.

Tersentak dengan gol pembukaan pasukan pelawat, Perak The Bos Gaurus kembali mengatur gerakan yang sedikit tersusun untuk memburu jaringan penyamaan.

Usaha Nasir Basharudin dan rakan sepasukan membuahkan hasil pada minit ke-25 selepas Mohd Nor Hakim Hassan menemui sentuhan jaringan.

Bermula daripada ‘cutback’ dilakukan dalam kotak penalti oleh Kenny Pallraj yang mencari Nor Hakim, pemain kelahiran Kuala Terengganu itu melepaskan rembatan yang kembali menyamakan kedudukan perlawanan.

Pemain import dari Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin hampir meletakkan Pahang sekali lagi di hadapan apabila percubaannya dari luar kotak penalti pada masa kecederaan babak pertama sekadar singgah di palang gol Perak.

Norshahrul yang kembali mempamerkan sentuhan lama yang pernah dimilikinya menggunakan kepantasan dan kemahiran teknikal bagi memporak-perandakan jentera pertahanan Perak.

Aksi di babak kedua memperlihatkan kedua-dua pasukan berusaha keras untuk menambah jaringan tetapi digagalkan dengan ketumpulan penyudah di hadapan gol.

Peluang terbaik Perak dimiliki Nor Hakim apabila beliau yang sudah berjaya melepasi kawalan Matthew Davies meledakkan rembatan yang melewati palang gol.

Norshahrul pula kecewa selepas percubaannya di sebelah pintu gol hanya terkena tiang walaupun pertahanan Perak dan Hafizul Hakim sudah pun tertewas.

Keputusan seri tersebut mengekalkan Perak di tangga kedua liga dengan mencatatkan 32 mata manakala Pahang satu anak tangga di bawah dengan 30 mata.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN