Perak Mahu ‘Pancing’ Pemain Tempatan Yang Bermain Di Luar Negara

Perak

Musim hadapan dijangka beberapa pemain tempatan yang berkelana di luar negara akan pulang beraksi dalam Liga Malaysia bersama Perak untuk bersama-sama kembalikan reputasi kelab tersebut.

Bagi pemilik Perak, Dato’ Seri Abdul Azim Zabidi, untuk membawa pulang atau memanggil mereka bermain bersama skuad Seladang sememangnya sudah ada dalam perancangan pihak pengurusan kerana sudah pasti pemain ini dapat membantu menguatkan lagi pasukan.

“Kita lihat di luar negara ini banyak pemain kita, orang Malaysia dekat Mongolia pun ada, saya pun terkejut. Kita akan cuba dapatkan semula mereka ini macam dekat Belgium,” kata pemilik Perak itu.

Umum mengetahui yang Malaysia ada ramai pemain remaja yang bermain di luar negara bersama kelab masing-masing dan jika Perak mampu memberi tawaran terbaik kepada pemain ini, tidak terkejut jika mereka bersetuju untuk pulang semula ke tanah air.

Dengan reputasi yang ada pada ketua jurulatih Perak, Lim Teong Kim, tidak mustahil pemain-pemain ini akan tertarik untuk datang apatah lagi perancangan awal beliau adalah untuk membangunkan dan memberi minit permainan kepada bakat muda.

Ini adalah salah satu tawaran terbaik untuk pemain yang berbakat untuk kembali berbakti di Malaysia dan jika mereka terus mempamerkan aksi cemerlang, tidak mustahil tawaran untuk bermain dengan Harimau Malaya juga akan menyusul kemudian.

Jangan risau, bajet ada

Tambah Azim, peruntukan untuk pasukan sememangnya ada terutama dari segi untuk mendapatkan beberapa pemain import dan pemain tempatan.

Tetapi bagi Teong Kim pula, pembelian pemain import bukan keutamaan Perak kerana beliau lebih berminat dengan bakat yang ada pada pemain tempatan.

“Tapi dia pun faham tanpa pemain import ini mungkin sukar untuk kita ke depan dari segi permainan, takkan kita nak mengharapkan pemain muda sahaja,” tambah Azim.

Dari segi kewangan, tiada kerisauan kerana reputasi yang ada pada XOX Berhad ini sangat gah kerana mereka juga disenaraikan pada bursa saham.

Ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana kewangan pemilik baharu Perak ini yang dilihat cukup baik.

Untuk Perak kembali dihantui masalah kewangan adalah tipis kerana tersilap langkah pasti akan memberi kesan buruk di bursa saham dan menjejaskan imej XOX itu sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN