Perak Letak Sasaran Layak Ke Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Champions League

Jurulatih skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic menyasarkan untuk membawa skuad bimbingannya mara ke pusingan ketiga kelayakan AFC Champions League (ACL) apabila dijadualkan menentang kelab dari Hong Kong, Kitchee FC di Stadium Perak pada 12 Februari ini.

Mehmet mahu pemainnya memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri dan perlu menang untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan, yang menyaksikan mereka bertemu wakil dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

 (Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Jika melepasi dua pusingan awal itu, juara Piala Malaysia 2018 itu layak ke pusingan akhir dan berada dalam Kumpulan H, bersama Sydney FC (Australia), Kawasaki Frontale (Jepun) dan Shanghai SIPG (China).

“Kemenangan ke atas Kitchee amat penting untuk mengatur strategi pada pusingan berikutnya. Saya percaya ia suatu pengalaman baharu buat pemain,” katanya dalam Berita Harian.

Mehmet Durakovic memerhatikan sesi latihan para pemainnya. FOTO: Perak TBG

“Jadi kami perlu gunakan kesempatan beraksi di depan penyokong sendiri yang saya yakin akan membanjiri stadium nanti. Bukan mudah untuk menewaskan Kitchee, apatah lagi liga di negara mereka ketika ini sedang rancak berjalan.

“Mereka pasti berada pada prestasi terbaik, sedangkan kita baru hendak memulakan saingan liga tempatan.

“Apapun, amat penting untuk kami menempuh pra musim ini dengan baik sebelum aksi pertama menentang JDT dalam Piala Sumbangsih (2 Februari) di Johor,” katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapan pasukannya oleh pihak media, bekas jurulatih Selangor itu mengakui gembira dengan komitmen, disiplin dan prestasi yang ditunjukkan pasukannya sepanjang pra musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN