Selepas Gilmar, Perak Beli Bekas Pemain Import Selangor Leandro dos Santos

Daripada menjadi satu-satunya pemain Brazil dalam skuad Perak, Thiago Aquino kini bakal ditemani oleh 2 lagi rakan senegaranya – Gilmar Filho dan Leandro dos Santos.

Minggu lepas kami melaporkan Gilmar Filho akan menggantikan tempat Vladislav Mirchev sebagai penyerang import Perak dan sedang mencari pengganti Faton Toski yang turut bakal digugurkan.

Meskipun belum disahkan secara rasmi oleh PAFA, petang tadi bekas rakan sepasukan Leandro semasa di Selangor, Guilherme de Paula telah memuat naik gambar Leandro dan Gilmar yang memegang jersi Perak sambil mengucap:

“Tahniah kepada anda berdua dan semoga Tuhan merahmati.”

Gambar dan mesej ini sekaligus mengesahkan spekulasi perpindahan dan menamatkan pencarian pemain import baru Perak. 2 lagi kuota pemain import Perak kekal menjadi milik Thiago Aquino dan Yashir Pinto.

Leandro sebagai pemain tengah?

Satu persoalan yang menimbulkan tanda tanya penyokong Perak kepada pengurusan PAFA mengenai berita kemasukan Leandro do Santos adalah – mengapa?

Mana-mana peminat bola sepak tempatan pastinya masih ingat Leandro bermain sebagai defensive midfield untuk Selangor pada musim 2015.

Dalam pasukan Perak ketika ini – meskipun tanpa Leandro – sudah ada beberapa pemain tempatan berkualiti yang boleh mengisi posisi tersebut. Antaranya Nasir Basharudin, Ahmad Khairil Anuar (gambar bawah), Hafiz Kamal dan Kenny Pallraj.

Photo by Dzulfadlil Azim/Asiana.my

Malah Jasazrin Jamaludin dan Shahrul Saad juga pernah dan boleh bermain dalam posisi tersebut.

Dalam erti kata lain, bagi sebuah pasukan yang hanya bersaing dalam 2 kejohanan (Liga Super 2017 dan Piala Malaysia 2017) selepas liga bersambung selepas cuti Hari Raya nanti, 4 pemain tengah (dan 2 pemain utiliti) sudah mencukupi.

Hal ini memnimbulkan persoalan – jika Leandro tak bermain di posisi tengah, di manakah posisi yang beliau bakal bermain?

Jika kita amati kekurangan skuad Perak ketika ini, mereka amat-amat memerlukan pemain sayap yang berkualiti. Terutama sekali selepas pemergian Hafiz Ramdan, Ridzuan Azly dan pengembalian Yashir Pinto ke posisi asalnya – posisi no.10.

Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my

Adakah ini bermakna – selepas bermain sebagai defensive midfielder di Selangor – Leandro bakal bermain di bahagian sayap pula untuk Perak?

Atau mungkinkah Pinto bakal ditolak ke sayap kiri semula untuk memberi ruang kepada Leandro bermain di tengah?

Melainkan Mehmet Durakovic menukar sistem permainan Perak (sesuatu yang boleh dianggap jauh panggang dari api jika anda mengenali falsafah bola sepak beliau), kita mungkin akan melihat Leandro beraksi sebagai pemain sayap pula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN