Helang Merah Terbang Tinggi Menuju Suku Akhir, Tewaskan Perak 2-0 Di Ipoh

Piala FA Malaysia 2017 pusingan 3 menyaksikan aksi menarik tertumpu di Stadium Perak, Ipoh apabila Perak bertemu dengan Kedah.

Perlawanan ini telah pun menemui titik kontroversinya apabila pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukan Perak selepas Zaquan Adha dijatuhkan oleh Fitri Omar.

Sandro Da Silva memperoleh peluang selepas sepakan percumannya hampir berjaya memerangkap Hafizul Hakim namun penjaga gol itu berjaya mengawal keadaan.

Namun Kedah berjaya juga menjaringkan gol dari situasi bola mati selepas hantaran Sandro berjaya menemui Zac Anderson apabila tandukan pertahanan itu berjaya menerjah jaring.

Gambar: Kedah FA

Perak cuba untuk kembali dalam perlawanan ini namun kurangnya kretiviti di hadapan gol menafikan peluang mereka untuk menyamakan kedudukan.

Kedah pula menjaringkan gol kedua perlawanan selepas pusingan Liridon Krasniqi berjaya menewaskan 3 pemain Perak dan membolehkan hantaran mudah dilakukan dengan menyaksikan Ken Ilso menjaringkan gol kedua pada penghujung separuh masa pertama.

Cuba untuk bangkit

Sejak dari separuh masa pertama lagi, situasi perlawanan sedikit tegang antara kedua-dua pasukan saling melakukan terjahan kasar.

Kemuncaknya tiba apabila Yashir Pinto memijak punggung Liridon dengan menyaksikan beliau dilayangkan kad kuning.

Perak cuba untuk bangkit dengan melakukan beberapa percubaan namun peluang terbaik mereka hadir selepas Vladislav Mirchev melambung melepasi palang gol.

Mirchev sekali lagi hampir mahu menjaringkan gol pertama Perak namun tepisan Ifwat Akmal berjaya menafikan percubaan itu.

Perak cuba untuk bangkit dengan beberapa lagi siri gerakan namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan mereka gagal mencari kebangkitan yang dinanti.

Keputusan akhir, Perak 0-2 Kedah.

Baca juga: Gol Lewat Shahrel Fikri Tamatkan Kebangkitan Kuantan FA Dalam Pertembungan 9 Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN