Perak Kini Jadi Mangsa Boikot Oleh Penyokong Sendiri?

Sekelompok besar penyokong Perak dilaporkan telah pun mencipta boikot atas rasa tidak puas hati kepada pengurusan kelab tersebut menerusi media sosial semalam dan masih berlanjutan sehingga kini.

Apa faktor penyokong Perak boikot kepada kelab? Menerusi tinjauan kami di media sosial, mereka tampil tidak berpuas hati dengan keputusan pengurusan yang memilih Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai lokasi rasmi bagi aksi tertunda kelab itu bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaupun beraksi di SSI, Perak tetap muncul selaku tuan rumah dan aksi asal yang dijangka berlangsung di Manjung telah dibatalkan secara rasmi.

Menurut Malaysian Football League (MFL), SSI dipilih sebagai lokasi perlawanan tersebut selepas Perak sendiri menamakan stadium itu ssebagai laman rasmi bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan atas asbab ia merupakan aksi berprofil tinggi.

“MFL sebelum ini telah meminta Perak FC untuk menamakan venue alternatif berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi ini selain untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang mungkin akan menangguhkan lagi jadual Liga Super bagi separuh musim ini yang masih belum lengkap.

“Sebagai maklum balas kepada permintaan MFL itu, Perak FC telah menamakan SSI sebagai gelanggang mereka untuk perlawanan tertunda tersebut,” ujar laman itu.

Menerusi surat rasmi MFL yang tersebar di media sosial, ada dua lagi sebab mengapa Stadium Manjung tidak terpilih untuk mengharungi aksi berkenaan.

Jelas MFL, aksi tersebut tidak dapat dilakukan di Manjung kerana penggunaan lampu limpah di sana tidak memenuhi piawaian minimum selain berisiko hujan lebat di sana sekali lagi.

Aksi tersebut juga dianggap sangat berisiko daripada segi keselamatan selepas ianya merupakan perlawanan berprofil tinggi membabitkan kedua pasukan tersebut.

Akhir sekali, aksi itu juga perlu dilakukan segera tanpa penangguhan demi memastikan undian saingan Piala Malaysia 2024-2025 perlu dilakukan.

Disebabkan keputusan Perak sendiri yang menamakan SSI selaku lokasi rasmi, jelas ia menimbulkan kemarahan peminat yang menganggap keputusan tersebut sangat tidak relevan.

Selain sikap pengurusan dianggap tidak cakna kepada situasi penyokong, mereka juga menganggap ada beberapa lokasi lain sebenarnya masih relevan untuk ianya tampil lebih adil.

Keputusan dilakukan Perak itu menyaksikan sekelompok besar penyokong sudah pun tawar hati akan pengurusan kelab sehingga melancarkan kempen boikot menerusi media sosial.

“Buat macam penyokong tak wujud, takde maruah. Korang nak ke kalau penyokong start boikot? Aku rasa ramai je sign up XOX sebagai second line sebab nak support team. Boleh faham kot implikasi dia,” komen Mohd Fahmi Mansor.

“Kira PFC bersetuju la venue dipindahkan. Kalau ye pun bersetuju, kenapa tak minta gelanggang berkecuali seperti stadium2 di Lembah Klang sahaja atas tanggungan MFL yang pandai2 menilai konon perlawanan bakal tertunda? Dan, apakah pampasan oleh MFL dari segi jualan tiket yg mungkin meningkat kerana dibuat dibuat di Manjung?” Kata Cikgu Mohd Sabri Tajuddin.

Malah lebih ramai komen-komen penyokong Perak yang tampil kecewa dengan apa telah dilakukan oleh kelab itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN