Perak Ke Final Piala Malaysia 2018, Atasi Sabah 7-2 Secara Agregate

Perak ke final Piala Malaysia 2018. Ini selepas mereka mengatasi Sabah 7-2 secara agregate. Mereka akan berhadapan dengan Terengganu.

Perak selesaikan misi di Sabah

Perak menang 5-0 dalam perlawanan pertama di Ipoh. Namun diikat 2-2 oleh Sabah dalam perlawanan ke-2.

Sabah terlebih dahulu di hadapan menerusi Sabri Sahar pada minit ke-35.

Pada minit ke-73, Gilmar menyamakan kedudukan untuk Perak menerusi sepakan penalti.

8 minit kemudian Gilmar menjaringkan gol ke-2 Perak dan peribadi beliau. Ini adalah gol ke-7 dalam kempen Piala Malaysia 2018 untuk Gilmar.

Minit ke-85, Rawilson Batuil menambah 1 lagi gol saguhati untuk pasukan Sabah menerusi tandukan.

Perlawanan tamat 2-2. Dan Perak ke final Piala Malaysia 2018.

Ini adalah kali ke-3 Terengganu dan Perak bertemu di final Piala Malaysia.

Perak adalah pasukan ke-3 paling berjaya dalam Piala Malaysia dengan 7 kejuaraan. Hanya Selangor dan Singapura lebih banyak.

Kali terakhir Perak ke final Piala Malaysia adalah pada 2007.

Kali terakhir Perak juara Piala Malaysia adalah pada tahun 2000 menewaskan pasukan Negeri Sembilan.

Selepas itu tewas dalam 2 final terakhir mereka. Pada 2001 mereka tewas di tangan Terengganu, pasukan yang akan mereka tentang dalam final tahun ini.

Pada 2007 mereka tewas di tangan pasukan Kedah.

Tahniah untuk Perak mara ke final Piala Malaysia 2018. Untuk pasukan Sabah, satu pencapaian membanggakan. Dengan pelbagai krisis di luar padang, mereka tetap mara sampai ke separuh akhir dengan status pasukan Liga Premier.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN