Perak II Berminat Dapatkan Khidmat N. Thanabalan Secara Pinjaman

Thanabalan

Pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim mendedahkan bahawa beliau berminat untuk membawa masuk penyerang Kedah, N. Thanabalan secara pinjaman bagi membantu jentera serangan pasukan tersebut.

Sedar prinsip utama kewujudan Perak II adalah untuk memfokuskan kepada bakat baharu, Abu Bakar melihat Thanabalan mampu untuk menjadi mentor serta dapat mencurahkan pengalaman yang dimilikinya terutamanya buat pemain muda di jentera serangan.

Thanabalan yang kini berusia 24 tahun mencuri tumpuan pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur selepas sering menjadi watak yang membantu skuad negara di saat getir sehingga layak ke perlawanan akhir.

Thanabalan ketika menyarung jersi skuad B-23 kebangsaan. Kredit foto: FAM

”Kita [Perak II] mungkin akan mendapatkan khidmat pemain secara pinjaman iaitu N. Thanabalan daripada Kedah.”

”Kehadiran beliau pastinya untuk mendapatkan pengalaman, kematangan serta dapat membimbing pemain-pemain muda kita.”

”Pada ketika ini kedua-dua pihak telah mendapatkan persetujuan secara lisan. Jika semuanya berjaya diselesaikan, Thanabalan akan bersama pasukan pada 2 Januari ini,” ujar Abu Bakar bercakap kepada wakil Semuanya BOLA di Ipoh.

Dalam pada itu, Abu Bakar Fadzim turut tidak menolak kemungkinan untuk mengisi kuota empat pemain import mengikut kemampuan kewangan Perak II dalam usaha memberikan saingan hebat kepada pasukan lain dalam Liga Premier 2020.

Kredit featured image: FA Kedah

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN