Perak Hilang Khidmat 4 Import Pada Awal Tahun 2025

Perak dilaporkan tampil sedikit tempang pada awal tahun 2025 bagi mengharungi baki persaingan musim ini, setelah mereka kini sah kehilangan tiga pemain import selain ada dihimpit isu kecederaan.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, pasukan tersebut terpaksa melupakan khidmat Lee Tae-min yang sejak penghujung tahun lalu sudah meninggalkan pasukan itu sebelum dua lagi pemain import turut menyusul.

Dua pemain import Perak yang kini mengucapkan tinggal buat pasukan tersebut ialah Jesper Nyholm serta penyerang sensasi kelab berkenaan, Luka Milunovic.

Ini menyaksikan Perak sudah pun kehilangan tiga pemain import mereka yang dianggap sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan buat perjalanan pasukan tersebut di saingan Piala Malaysia serta Liga Super 2024/2025.

Menurut laporan dikeluarkan, ketiga pemain itu meninggalkan saingan Liga Malaysia (Liga M) kerana kontrak mereka tidak lagi diperbaharui dengan kini pasukan itu hanya mempunyai lima import sahaja untuk dipertaruhkan.

Malah, laman rasmi pasukan tersebut juga terdahulu sudah pun mengucapkan terima kasih buat Luka serta Jesper sehingga meraih pelbagai maklum balas dalam kalangan peminat.

Rekod sebelum ini menyaksikan Tae-min sudah pun meledak dua gol bersama satu bantuan jaringan daripada 11 perlawanan diharungi.

Sementara Luka Milunovic pula sudah pun merekodkan 29 penampilan sejak saingan musim lalu dan telah meledak tujuh gol serta lima bantuan jaringan secara keseluruhan.

Nyholm pula sempat merekodkan 16 penampilan secara keseluruhan buat Perak selaku pertahanan tengah dan menampilkan aksi cukup berkualiti untuk mengukuhkan posisi belakang pasukan berkenaan.

Hal itu disahkan sendiri menerusi jurulatih utama Perak iaitu Yusri Che Lah dan perkara tersebut sudah tentu memberi cabaran buat beliau untuk menghadapi baki saingan pada musim ini.

Pada masa sama, Yusri juga turut kehilangan khidmat pemain tonggak mereka iaitu Luciano Guaycochea atas isu kecederaan dan beliau mengakui ketiadaan sepupu bintang Liverpool, Alexis Mac Allister itu sedikit sebanyak memberi kesan dalam permainan.

“Kecederaan Luciano (Lucho) sedikit sebanyak memberi kesan terhadap corak permainan pasukan.

“Dia masih belum seratus peratus sembuh dan saya mengharapkan dia pulih sepenuhnya menjelang perlawanan menentang Penang FC pada 12 Januari ini,” kata beliau menerusi Utusan Malaysia.

Dijangka, Yusri mungkin akan menggunakan lebih ramai pemain muda terutama daripada skuad simpanan selepas ini untuk mengisi kekosongan ditinggalkan import tersebut.

Sumber:
Utusan Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN