Perak Hadir Di Kota Bharu Tanpa Khidmat Leandro Dos Santos

Pengendali skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic resah apabila senarai kecederaan pemain Perak semakin bertambah apabila pemain tengah import pasukan itu, Leandro Dos Santos Oliveira menjadi pemain terbaru yang disisihkan untuk pertemuan Liga Super menentang Kelantan malam ini.

Leandro menyertai rakan sepasukannya Nasir Basharuddin, Brendan Gan, Nazrin Nawi dan Ahmad Khairil Anuar Zamri serta Mohd Nor Hakim Hassan yang termasuk dalam senarai pemain cedera.

Beliau disahkan mengalami kecederaan ketika menentang PKNS FC di Stadium Lumut dua minggu lau.

Bercakap kepada Berita Harian, Mehmet Durakovic mengesahkan tidak dapat menurunkan Leandro untuk perlawanan malam ini.

“Leandro tidak bersama pasukan ke Kota Bharu. Tempatnya akan diambil alih oleh pemain lain,” katanya.

Beliau turut mengesahkan Nasir Basharudin dan Ahmad Khairil belum boleh diturunkan kerana baru dua hari menyertai latihan pasukan.

“Mereka belum boleh lagi diturunkan untuk sementara waktu. Saya akan terus bersabar,” jelasnya.

Sesi latihan pasukan Perak menjelang pertemuan dengan Kelantan. FOTO: Perak TBG

Sementara itu, kapten pasukan itu, Shahrul Mohd Saad berkata, pasukannya tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

“Sekurang-kurangnya satu mata. Jika dapat mata penuh di tempat lawan ia satu bonus,” ujar pertahanan tengah itu.

“Setakat ini kami menang sekali, seri sekali dan tumpas sekali.

“Kekalahan di tangan PKNS memang menyakitkan. Jadi kami mahu bangkit. Kami perlu usahakan kejayaan dalam perlawanan selepas ini supaya berada dalam kelompok atasan,” katanya.

Shahrul juga menjangkakan Kelantan akan menurunkan penyerang import baharu dari Lubnan untuk menajamkan jentera serangan mereka.

“Kelantan juga memburu kemenangan pertama dan ia jelas apabila mereka mengambil langkah drastik memecat jurulatih selepas hanya tiga perlawanan.

“Tuan rumah pasti turun dengan semangat baru kerana memiliki pemain import baru (Mohammed Ghaddar). Tambahan pula mereka memiliki kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN