Perlawanan Liga Super bagi pasukan Perak dan juga FELDA United akan diadakan di Stadium Shah Alam.
Ia telah disahkan selepas pihak FMLLP meluluskan permohonan pertukaran lokasi perlawanan bagi perlawanan tersebut.
Situasi ini berlaku selepas pihak FMLLP mengarahkan Stadium Perak di Ipoh ditutup diatas keadaan padang yang tidak mengizinkan.
Stadium tersebut kemudiannya ditutup pada minggu lalu selepas perlawanan Liga Perdana diantara PKNP FC menentang JDT II.
Ia sepatutnya dibuka semula seminggu kemudian dengan perlawanan diantara Perak dengan FELDA United menjadi pembuka tirai.
Oleh itu, perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Shah Alam pada jam 9 malam pada tarikh 22 Julai 2017.
Disebabkan penutupan Stadium Perak masih lagi berjalan, pihak FMLLP mengatakan yang stadium tersebut akan terus ditutup untuk kerja-kerja baik pulih.
Ia akan ditutup untuk satu tempoh yang tidak akan dinyatakan, dan stadium tersebut akan dibuka semula selepas pemeriksaan dan kelulusan dikeluarkan oleh pihak FMLLP.
Jadi kepada mereka yang ingin menonton aksi Perak-FELDA United, perlawanan esok akan diadakan di Shah Alam ya. Jangan lupa!