Pasukan Liga Super, Perak FC telah melancarkan jersi khas bagi menyambut sambutan ulang tahun ke-100 kewujudan mereka dalam kancah bola sepak negara.
Hasil kerjasama mereka dengan pengeluar jersi pasukan iaitu Kaki Jersi (KJ), Perak menghasilkan jersi berwarna hitam yang disulami dengan warna emas.
Jersi tersebut mempunyai rekaan yang ringkas namun kemas dengan dibahagian tengah tertera logo “100 Years – Perak Football Legacy”.
Apa yang menarik mengenai jersi ini adalah logo Perak dan KJ menggunakan pelekat getah 3D. Selain itu, jersi ini juga begitu ringan dan mempunyai kualiti fabrik yang lembut.
Menurut pengasas bersama KJ, Nor Akmar, kualiti yang ada pada jersi khas Perak ini bakal membuatkan penyokong menghargainya dengan cukup baik.
“Memang ringkas, tetapi bahan yang digunakan adalah premium. Bagi logo pula bahan yang digunakan adalah silikon 3D yang ringan.”
“Siapa yang sudah membelinya bila dapat nanti pasti akan menghargai jersi ini,” kata beliau di laman Twitternya.
Memang simple, tp material semua premium. Material kain custom made only for Perak FC. Material semua logo made from latest lightweight 3D silicone.
Siapa yg dah beli and dapat nanti korang akan appreciate the jersey 😉
Thanks kepada yg terus support pic.twitter.com/YolwKmwAlD
— RonKemarKJ (@ronramka) June 30, 2021
Menurut Perak, setiap pembelian jersi ini akan disertakan dengan kotak edisi khas bagi 1000 pembelian terawal.
Jersi ini juga boleh didapati secara terus dengan stok sudah tersedia dan bukannya pra-tempah seperti yang dilakukan KJ pada jersi Perak yang sebelum ini.
Anda boleh mendapatkan jersi tersebut di sini.
Dah beli jersi Perak? Jom sambung baca artikel kami yang lain:
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode
Alex Agyarkwa Teruja Sertai Pasukan Hebat Seperti Selangor 2
Liga 1 Indonesia Ditunda, Tawaran Jadi Tuan Rumah Piala AFC Mungkin ‘Lebur’