Perak Berminat Dapatkan Khidmat Pemenang Piala Dunia Dan Ballon D’or, Ronaldinho

Ronaldinho berada di Malaysia untuk jelajah piala UCL. Bercakap kepada media, beliau menyatakan yang beliau tidak bergurau tentang hasrat mahu bermain di Malaysia secara percuma.

Ini kerana menurut Ronaldinho beliau selesa dengan layanan dan keghairahan peminat bola sepak di Malaysia. Berita itu telah menarik perhatian Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Tetapi PAFA tetap berpendapat yang Ronaldinho tetap ada kosnya tersendiri dan pada masa yang sama mempertimbangkan isu kuota pemain import yang sedia ada.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata:

“Saya tengok berita, Ronaldinho kata dia nak main percuma, tapi kita tak boleh nak kata apa-apa sebab walaupun dia kata percuma, apa yang percuma? Mungkin gaji saja dan yang lain-lain tak, sebab dia star (bintang).”

FRANKFURT, GERMANY – JULY 01: Zinedine Zidane of France shakes hands with Ronaldinho and Ronaldo of Brazil during the FIFA World Cup Germany 2006 Quarter-final match between Brazil and France at the Stadium Frankfurt on July 1, 2006 in Frankfurt, Germany. (Photo by Stuart Franklin/Bongarts/Getty Images)

“Lagi satu kita pun sudah ada tiga pemain import luar daripada kuota Asean dan pada saya prestasi mereka juga bagus.”

“Takkan kita nak gugurkan seorang untuk ambil pemain yang belum tentu boleh main sampai habis musim.”

Namun begitu Datuk Seri Abdul Puhat Nayan menyatakan PAFA akan berusaha merisik Ronaldinho jika pemain itu benar-benar serius mahu bermain bola sepak di Malaysia sekaligus keluar daripada persaraan beliau.

“Insya Allah kita cuba, pada saya tawaran itu menarik lah, kita boleh kaji, mungkin betul kita pun boleh ambil.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN