The Bos Gaurus Akan Berdepan 3 Pasukan ‘Top 5’ Dalam Baki 5 Perlawanan

Tampak seperti suatu misi yang sukar ketika ini, Perak perlu mempertahankan kedudukan kedua unifi Liga Super 2018 dengan baki perlawanan yang sangat mencabar.

Baki lima perlawanan liga menyaksikan The Bos Gaurus perlu bersemuka dengan tiga pasukan lima teratas liga iaitu bermula dengan JDT, Pahang dan juga pesaing rapat, Kedah.

Ketika ini, Perak berada di kedudukan kedua dengan 31 mata, hanya dipisahkan satu mata berbanding Kedah dan diikuti rapat oleh Pahang (28 mata) dan Terengganu FC (27 mata).

Walaubagaimanapun, mereka kini sedang melalui 4 perlawanan tanpa kalah dengan kekalahan terakhir direkodkan ialah ketika tumbang dua gol tanpa balas kepada JDT.

Mereka tidak tewas lebih sebulan yang lalu dan ini mungkin rekod yang baik untuk dijadikan asas buat skuad kendalian Mehmet Durakovic dalam mengukuhkan kedudukan liga.

Perak

“Ini misi hidup mati Perak, kami perlukan kemenangan untuk mencapai impian muncul naib juara,” ujar penolong pengurus Perak, Datuk Rashidi Ibrahim kepada Berita Harian.

“Saya yakin pemain Perak tahu tugas dan tanggungjawab mereka dalam perlawanan ini. Apapun, kami perlu hadapi satu persatu perlawanan ini agar tidak terasa bebanan,” jelasnya lagi.

Perak juga berpeluang untuk menangguhkan keraian JDT untuk mahkota kejuaraan Liga Super musim ini jika menang ataupun mengikat lawan tersebut di Stadium Perak.

“Kami sepakat menghalang JDT malam esok. Jika mereka hendak menang biarlah di Johor atau gelanggang lain, bukan di Ipoh,” tegas kapten Perak, Nasir Basharudin kepada Harian Metro.

“Cuma malam esok (hari ini) saya berharap segala-galanya berpihak kepada kami baik daripada segi persembahan serta tuah,” tambahnya lagi yang menagih kosentrasi rakan sepasukan.

Namun, jika JDT berjaya menewaskan The Bos Gaurus pada perlawanan malam ini, mereka akan mengesahkan kejuaraan lebih awal walaupun liga masih berbaki 4 perlawanan.

Hariss Harun pernah menyatakan di laman rasmi Johor Southern Tigers pada penghujung Jun lalu yang mereka menyasarkan untuk menang kesemua baki perlawanan liga.

“Bagi saya dan para pemain, kami masih mempunyai baki enam perlawanan liga dan fokus kami adalah untuk memenangi kesemua perlawanan tersebut.

“Di JDT, setiap perlawanan adalah perlawanan akhir dan setiap perlawanan kami akan bermain untuk menang,” tambah pemain tengah JDT yang berasal dari Singapura itu lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN