VIDEO: Per Mertesacker Naik Angin Selepas Kena ‘Troll’ Dengan Peminat

Pertahanan Arsenal, Per Mertesacker berang dengan peminat beliau sendiri selepas peminat beliau melakukan ‘troll’ terhadap beliau.

Ketika Arsenal beraksi di Emirates tempoh hari, beliau yang lalu di kawasan berdekatan dengan tempat duduk penonton telah disapa dengan oleh salah seorang peminat beliau.

Peminat tersebut kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Mertesacker.

Mertesacker kemudiannya mahu menyambut tangan peminat tersebut untuk berjabat tangan dengannya.

Namun apa yang peminat itu lakukan adalah menarik semula tangannya sebaik sahaja Mertesacker mahu bersalam dengannya.

Tindakan itu telah membuatkan Mertesacker berang dan terkumat-kamit mulut beliau berkata sesuatu sambil peminat tersebut tertawa melihat beliau bengang.

Baca juga: Lyon Jadi Kelab Perancis Pertama Tubuhkan Pasukan E-Sukan Sendiri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN