Pepe Selamatkan Portugal, Bangkit Untuk Menang Tempat Ke-3 Piala Konfederasi

Jaringan minit ke-90 Pepe menjadi penyelamat buat Portugal dengan gaya ala bekas rakan sepasukan beliau Sergio Ramos ketika di Real Madrid.

Jaringan tersebut telah mengheret saingan ke masa tambahan. Ini selepas Portugal di belakang Mexico dengan 1 gol. Ianya juga merupakan jaringan ke-6 Pepe untuk Portugal sepanjang karier beliau.

Portugal beraksi tanpa Ronaldo yang diberikan pelepasan khas. Quaresma dan Nani menjadi sandaran utama Portugal pada kali ini. Quaresma beraksi sangat baik sepanjang perlawanan tersebut.

Beliau membalas kepercayaan Fernando Santos walaupun dikritik hebat oleh segelintir peminat Portugal.

Mexico mendahului pada minit ke-54 selepas hantaran lintang deras Javier Hernandez ditampan masuk oleh pemain Portugal, Carlos Neto.

Sebelum itu pada separuh masa pertama, Portugal gagal menggunakan kesempatan untuk mendahului selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-17.

Andre Silva gagal menyempurnakan penalti yang berjaya diselamatkan oleh Ochoa. Ia merupakan penalti ke-4 berturut-turut gagal disempurnakan kem Portugal.

Portugal bergelut untuk mencari gol penyamaan dan Mexico mengambil pendekatan untuk bertahan. Ianya ternyata memakan diri apabila pada minit ke-90 Pepe menjaringkan gol penyamaan.

Moral pemain Portugal berada pada tahap terbaik untuk masa tambahan 30 minit. Portugal dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-104.

Kali ini seorang lagi ‘Silva’ tampil iaitu Adrien Silva. Beliau menjaringkan gol ke-2. Dan ia adalah gol pertama Silva untuk pasukan Portugal.

Kedua-dua pasukan menamatkan baki saingan dengan 10 pemain selepas Semedo (Portugal) dan Jimenez (Mexico) dibuang padang, masing-masing pada mini ke-106 dan ke-112.

Jurulatih Mexico turut diperintahkan keluar dari kawasan teknikal oleh pengadil kerana membantah keputusan pengadil dalam beberapa insiden.

Portugal akhirnya menjadi pemenang tempat ke-3 dengan keputusan 2-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN