Pepe: “Saya Pilih Arsenal Kerana Mereka Bercita-Cita Tinggi, UEL Adalah Matlamat Kami”

Penyerang antarabangsa Ivory Coast, Nicolas Pepe mendedahkan sebab utama beliau menyertai Arsenal dan menolak beberapa tawaran daripada kelab EPL yang lain.

Pepe berkata, beliau tertarik dengan Arsenal yang penuh dengan cita-cita. Beliau melihat Arsenal bersungguh-sungguh untuk memperbaiki prestasi mereka pada musim 2019/20.

Arsenal gagal layak ke UCL pada musim ini dan akan beraksi di UEL. Pepe optimis beliau akan membantu pasukan itu menjulang kejuaraan Liga Europa.

Pepe sanggup menukarkan bola sepak UCL dengan UEL. Beliau cemerlang membantu Lille layak ke UCL musim ini.

“Saya memilih untuk datang ke sini, kerana ini adalah kelab dengan banyak cita-cita. Mereka berimpian untuk kembali semula ke UCL dan saya juga salah seorang yang bercita-cita tinggi.”

“Jadi pilihan saya adalah sangat logik.”

“Saya tertarik untuk ke EPL kerana liga ini sangat intensif dan merupakan liga terbaik di dunia.”

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1163862143718100992

“Ideanya sekarang adalah untuk memenangi Liga Europa, dan itu adalah matlamat kami. Ia adalah kejohanan Eropah dan misi kami adalah memperbaiki pencapaian musim lalu. Saya percaya kami mampu.”

Sebagai rekod Arsenal masih belum pernah memenangi sebarang kejuaraan Europa dan juga Liga Juara-Juara Eropah. Jadi, ianya adalah matlamat penting untuk mereka menamatkan saingan musim ini dengan kejuaraan Eropah itu.

Nicolas Pepe masih belum menjadi pemain kesebelasan utama, kerana Unai Emery merasakan pemain itu perlukan sedikit masa untuk adaptasi.

Namun peminat Arsenal berharap Pepe akan menjadi watak penting dalam kunjungan mereka ke Anfield menentang Liverpool pada hujung minggu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN