Pep Guardiola Waspada Ancaman Yang Bakal Dijelmakan Jamie Vardy

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola jelas berhati-hati dengan ancaman yang bakal diberikan penyerang utama Leicester City, Jamie Vardy pada pertemuan di Stadium Etihad, Selasa nanti.

Kegusaran Guardiola ada asasnya kerana penyerang kelahiran Sheffield itu telah berjaya menjaringkan 18 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

Manchester City yang kekurangan satu perlawanan berbanding Liverpool amat memerlukan kemenangan untuk kembali ke puncak liga selepas The Reds memintas kedudukan mereka awal pagi tadi selepas menundukkan Newcastle United 3-2 di St James’ Park.

”Saya merasakan karier (Jamie Vardy) telah menceritakan mengenai dirinya – tidak hanya pada beberapa perlawanan terakhir – tetapi sejak kebelakangan ini dia menjaringkan gol pada setiap perlawanan.”

BURNLEY, ENGLAND – APRIL 28: Josep Guardiola, Manager of Manchester City reacts during the Premier League match between Burnley FC and Manchester City at Turf Moor on April 28, 2019 in Burnley, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Dia telah melakukan sesuatu yang luar biasa dalam saingan liga ini. Dia merupakan penyerang yang luar biasa dengan pergerakan, penyudah serta semangat juangnya.”

”Saya fikir sebelum ini mereka (Leicester City) merupakan sebuah pasukan yang mengamalkan corak serangan balas pantas.”

”Tetapi sekarang dengan kehadiran Brendan Rodgers, mereka mempunyai cara permainan yang lain dan mereka boleh menggunakannya dan mengawal semua bahagian permainan.”

Dalam pada itu, menurut sumber Sky Sports, Pep Guardiola sudah pasti akan kehilangan khidmat Kevin De Bruyne dan Fernandinho pada pertemuan menentang Leicester City akibat kecederaan hamstring dan lutut yang dihadapi mereka berdua.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN