Pep Guardiola Tidak Taksub Pecah Rekod, Lebih Fokus Kestabilan Taktikal

​Pada musim 2017/18 lalu, Manchester City berjaya mempersembahan prestasi yang sangat menakjubkan di England.

Skuad kendalian Pep Guardiola tersebut berjaya menjuarai saingan Premier League dengan meninggalkan persaing terdekat mereka, Manchester United, dengan defisit 19 mata dihadapan.

Melihat prestasi yang ditunjukkan oleh Man City pada musim lalu, pemerhati bola sepak meramalkan bahawa Pep mampu membawa pasukannya mempertahankan gelaran pada musim 2018/19.


Malah, The Citizen turut diramalkan mampu untuk memecahkan rekod (memenangi gelaran liga dengan mata paling terbanyak) yang berjaya dilakar mereka pada musim lalu.

Bagaimanapun, bagi pengurus kelahiran Sepanyol itu, beliau sebenarnya tidak pernah terfikir untuk memecahkan rekod yang pernah diciptanya pada musim 2017/18.

Sebaliknya, beliau tidak kisah sama ada pasukannya itu berjaya mencipta sebarang bentuk rekod pada musim ini.

Yang penting bagi beliau adalah membawa Manchester City menjuarai saingan liga.

Bercakap kepada Goal, Pep menjelaskan mengenai sasaran utamanya dalam kejuaraan musim ini.

Ia bukan perkara penting. Saya bukan berada di sini (Manchester City) untuk mengatakan bahawa kita perlu menjuarai liga dengan mendahului kutipan 20 mata dihadapan”

“Yang paling penting, kita perlu memperbaiki corak permainan pasukan dan individu pemain dengan lebih baik.” ujar Pep Guardiola

Pep sempat mengulas mengenai perjalanan pasukannya pada musim 2016/17 dan menjadikan ianya sebagai pengajaran buat dirinya dan pasukan.

“Dua musim lalu, Antonio (Conte) berjaya memenangi Premier League bersama Chelsea, dan setelah itu kami pula menjuarai gelaran dengan jarak 30 mata meninggalkan Chelsea.”

“Apa yang berlaku pada musim tersebut, memberikan pengajaran kepada kami untuk belajar dan memperbaiki segalanya.

“Bukan bermakna memperbaiki mengenai mata yang diperolehi, sebaliknya corak permainan yang lebih teratur, sekaligus berjaya mengelakkan pasukan dari mengalami sebarang kekalahan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN