Pep Guardiola Tak Boleh Tidur Malam Fikirkan Neymar & Mbappe

Pep Guardiola Manchester City Chelsea

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola jelas sekali sedar akan ancaman yang boleh diberikan Paris Saint-Germain (PSG) menjelang aksi separuh akhir UEFA Champions League (UCL) antara kedua-dua pasukan.

Ancaman tersebut jelas sekali hadir menerusi duo serangan Kylian Mbappe dan Neymar yang cukup berbisa dan ampuh untuk mengucar-kacirkan pihak lawan.

Mereka cukup berbisa hinggakan ia membuatkan Guardiola “tidak mampu tidur malam” memikirkan mereka!

“Saya cuba untuk tidur semalam dan saya cuma boleh lena apabila tidak memikirkan mengenai Neymar dan Mbappe,” seloroh Guardiola menerusi Goal.

Kat Guardiola, amat penting untuk bertahan menentang pemain-pemain seperti Neymar dan Mbappe yang jelas sekali bahaya.

Jadi, mereka perlu bergerak secara pasukan untuk menghalang ancaman tersebut daripada berlaku.

“Kami akan cuba menghalang mereka dengan bertahan sebagai pasukan. Sudah pastinya perubahan perlu dilakukan tetapi ianya tidak masuk akal untuk tidak bermain dengan cara kami sendiri.”

Satu perkara yang melegakan mantan pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu adalah kerana beliau mempunyai skuad yang cergas sepenuhnya untuk dibawa menghadap PSG.

Jadi, sudah pastinya Guardiola mahukan pemainnya bermain mengikut corak permainan mereka dan memaksa PSG mengikut rentak City.

Ianya kerana, Guardiola tidak sanggup mengorbankan taktik permainan beliau demi bertahan dengan blok rendah untuk mengelak daripada diserang balas oleh penyerang-penyerang PSG yang cukup bijak.

Aksi separuh akhir pertama melibatkan PSG dan City akan diadakan di Paris dahulu sebelum perlawanan kedua dilangsungkan dekat Manchester.

Baca juga artikel kami mengenai Pep Guardiola:

Pep Guardiola: “UEFA & FIFA Pun Macam ESL Sama-Sama Tamak Juga”

Karier Angelino ‘Dibunuh’ Pep Guardiola Selepas 2 Perlawanan Sahaja

Guardiola Puji Ole

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN