Pep Guardiola dilaporkan bakal menolak tawaran lanjutan kontrak dari Manchester City andai mereka menandatangani Cristiano Ronaldo dari Juventus sebelum ini.
Baru-baru ini, Manchester City telah melaporkan yang Pep Guardiola sudah menandatangani kontrak baru bersama kelab sehingga 2025 nanti.
Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan dari The Athletic, Guardiola tidak akan kekal bersama kelab andai Manchester City menandatangani Cristiano Ronaldo pada musim panas lalu.
Pep Guardiola would have left Manchester City prematurely had the Cityzens signed Cristiano Ronaldo in 2021, according to The Athletic [via @City_Xtra on Twitter]. https://t.co/0PhCk36r1l
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) November 23, 2022
Laporan sama turut mendakwa yang pegawai eksekutif kelab memang berhasrat mahu membawa pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu ke bumi Etihad.
Namun begitu, barisan kejurulatihan Man City termasuk Pep Guardiola tidak mahu hal itu berlaku kerana mereka bingung untuk menyesuaikan Ronaldo dengan sistem sedia ada mereka pada ketika itu.
Laporan tersebut mendedahkan yang Pep Guardiola berkemungkinan akan meninggalkan kelab sebelum kontraknya habis andai kelab benar-benar menandatangani Ronaldo pada ketika itu.
Baru-baru ini, ketika dalam satu sesi temu bual bersama Piers Morgan, Ronaldo ada menyatakan yang beliau sememangnya sudah hampir untuk sertai Man City sebelum memilih untuk ke Old Trafford.
“It was close. Pep Guardiola said that they tried hard to sign me.”
Cristiano Ronaldo reveals how close he was to signing for Man City before he returned to #MUFC last summer
📺 Watch @PiersUncensored pic.twitter.com/q0f1DeMUPC
— talkSPORT (@talkSPORT) November 16, 2022
“Jadi begini, sejujurnya ia (Sertai City) memang sangat hampir.. ia merupakan satu hal yang mereka kerap rundingkan dan Guardiola pada dua minggu lalu, saya rasa dia ada cakap yang mereka cuba untuk dapatkan saya.”
Jelas Cristiano Ronaldo.
Walau bagaimanapun, pemain berusia 37 tahun itu memilih untuk sertai Man United selepas beliau diberi amaran oleh legenda terhebat sepanjang zaman di Old Trafford, Sir Alex Ferguson supaya tidak ke Etihad.
Ronaldo kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:
🔔 | Pep Guardiola ‘would have left Man City if Cristiano Ronaldo joined the club’ https://t.co/G1Ak4OVBqK
— SPORTbible News (@SPORTbibleNews) November 23, 2022
“Saya bercakap dengan Ferguson. Dia kata pada saya begini, ‘Memang mustahil untuk lihat kamu pergi sertai Manchester City.’ Dan saya kata pada dia, ‘Ok boss.”
Sebaik selepas beliau menandatangani kontrak baru bersama kelab, Guardiola mendedahkan yang beliau sangat gembira untuk kekal bersama gergasi Premier League itu.
“Dari hari pertama saya sudah rasa sesuatu yang sangat istimewa di sini. Saya tak boleh ada di tempat yang lebih baik. Jadi saya sangat berbesar hati untuk kekal bersama Manchester City selama dua tahun lagi.”
Jelas Pep Guardiola.
“Terima kasih saja tidak cukup untuk semua orang di sini kerana mempercayai saya. Saya sangat gembira dan selesa, dan saya ada segalanya untuk saya laksanakan kerja saya dengan baik di sini.”
https://twitter.com/deluxe__boy/status/1595321596792770561?s=20&t=a3OjAc6KbAZE43EYQVhl0w
“Saya tahu babak seterusnya untuk kelab ini akan lebih menakjubkan sepanjang sedekad akan datang. Ia berlaku sejak 10 tahun lalu, dan ia akan terus berlaku untuk 10 tahun akan datang kerana kelab ini sangat stabil.”
Tambah Pep Guardiola lagi.
“Saya masih ada perasaan yang kami boleh mencapai sesuatu yang lebih besar dan kerana itulah saya mahu kekal dan berjuang untuk memenangi Piala.”