Quantcast

BERITA

Pep Guardiola Impi Latih Pasukan Kebangsaan, Tetapi Bukan Argentina

Pengurus Manchester City Pep Guardiola mengakui dirinya berminat untuk menjadi jurulatih di pentas antarabangsa satu hari nanti.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu berkata, ianya sentiasa menjadi satu keinginan untuk menguji dirinya mengendalikan sebuah pasukan kebangsaan.

“Jika peluang itu tiba, sudah tentu saya mahu mengendalikan sebuah pasukan kebangsaan,” ujar Guardiola kepada rancanga Universo Voldano.

Walaupun tidak secara spesifik pasukan negara manakah yang beliau minat untuk bimbing, Guardiola berkata beliau menggemari hidup di luar negara.

“Anda akan belajar bahasa, budaya, mengembara untuk melihat bahagian lain di dunia, juga demi keluarga,” jelas Guardiola.

Salah sebuah tawaran yang pasti akan ditolak oleh Guardiola ialah Argentina.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Tidak. Sudah pasti bukan Argentina,” ujar beliau lagi sambil merujuk kepada tekanan yang dihadapi mana-mana pengendali skuad kebangsaan negara berkenaan.

Nama Guardiola dilaporkan berada di dalams senarai pendek untuk mengambil alih jawatan jurulatih dan pengurus dari Jorge Sampaoli selepas negara tersebut tersingkir dari Piala Dunia yang lalu.

Semalam kami turut melaporkan Guardiola mahu menamatkan karier kejurulatihan beliau bersama pasukan simpanan Barcelona, di mana segalanya bermula buat jurulatih dari Catalonia itu.

 

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!