Pep Guardiola: Serangan Balas Pantas Leicester City Buat Kami Gugup

Pep Guardiola

Perlawanan bertemu Leicester City pada awal pagi tadi sudah pasti menjadi antara aksi yang mahu dilupakan secepat mungkin oleh pengendali Manchester City, Pep Guardiola apabila skuad bimbingannya dimalukan 2-5 di Etihad Stadium.

Meskipun berjaya membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Riyad Mahrez, Manchester City jelas tidak berada pada prestasi baik berikutan dibolosi empat gol hasil hatrik Jamie Vardy dan James Maddison.

Rekrut baharu, Nathan Ake cuba untuk merapatkan defisit jaringan pada minit ke-84 sebelum Youri Tielemans melengkapkan kemenangan penuh bergaya skuad kendalian Brendan Rodgers tersebut.

Sehubungan dengan itu, Guardiola mengakui bahawa corak serangan balas pantas yang diamalkan Leicester City telah membuatkan anak buahnya gugup sehingga mereka kehilangan idea untuk mencipta peluang.

”Mereka [Leicester City] bertahan dengan begitu ke bawah dan kurang mencipta peluang membuatkan kami gugup,” ujar Guardiola menurut laporan Goal.

”Mereka kelihatan seperti tidak mahu bermain, mereka hanya mahu untuk melakukan serangan balas pantas.”

”Kami tahu bahawa Vardy akan berlari dari jauh dan [Harvey] Barnes, anda perlu untuk mengawalnya. Tapi pada ketika di mana kami sudah mula gugup, kami menyedari tidak melakukan dengan baik.”

”Kami tidak dapat mencipta 10 peluang. Kami tahu bahawa ianya sukar. Walaupun di kedudukan 5-2, Leicester di dalam kawasan penalti mereka.”

”Saya tidak akan menyerah, saya akan cuba untuk mencapai penyelesaian kepada masalah ini. Sudah tentu ia sukar, kami perlu untuk menerimanya, ia baharu sahaja memasuki perlawanan kedua [Liga Perdana Inggeris],” tambah Guardiola lagi.

Kredit featured image: Martin Rickett – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pep Guardiola:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN