Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyalahkan keputusan pengadil selepas pasukannya tewas 1-2 dalam aksi suku akhir kedua kepada Livepool sekali gus tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara kepada Liverpool, awal pagi tadi.
City turun menerima kunjungan pasukan Jurgen Klopp selepas dua kekalahan berturut-turut pertama kali musim ini dengan 3-0 di Anfield dan 2-3 kepada Manchester United Sabtu lalu.
Gabriel Jesus meledak gol pembuka pada minit ke-2 perlawanan dari hantaran Raheem Sterling seakan memberi harapan untuk kebangkitan semula, meskipun defisit tiga gol di pertemuan pertama.
10. Things have settled somewhat following our dream start but the tempo is still unbelievable out there!
🔵 1-0 🔴 (1-3) #cityvlfc #mancity pic.twitter.com/9wgkNZjQjy
— Manchester City (@ManCity) April 10, 2018
Selepas itu, Leroy Sane menggandakan kelebihan tetapi jaringan pemain Jerman itu dibatalkan kerana ofsaid walaupun James Milner dilihat terlebih dahulu menyentuh bola tersebut.
Situasi itu membuatkan Guardiola mempersoalkan tindakan pengadil, Mateu Lahoz ketika tamat babak pertama sehingga diarahkan untuk duduk di bangku penonton.
Guardiola percaya keadaan akan menjadi berbeza sekiranya pengadil perlawanan mengikut rentak mereka dalam dua aksi tersebut.
#PEP: I said it was a goal when the ball was passed to @LeroySane19 That’s why he sent me off.
It would have been different to go in 2-0 . It’s different when Salah’s goal at Anfield is offside. It’s different when @gabrieljesus33's goal at Anfield is offside.#cityvlfc
— Manchester City (@ManCity) April 10, 2018
“Saya katakan itu adalah gol apabila bola dihantar kepada Leroy Sane. Sebab itulah dia perintahkan saya keluar padang. Situasi akan berubah jika kedudukan semasa adalah 2-0.
“Pertandingan ini cukup penting buat pasukan, jadi keputusan pengadil itu sangat penting,” katanya.
City begitu mendominasi permainan dari awal perlawanan dengan Ederson Moraes hanya tercegang di pintu gol tanpa sebarang aksi selama 30 minit pertama sehinggalah Nicolas Otamendi dilanggar Sadio Mane yang membawa Ederson tampil membela rakan sepasukannya.
Ia mengembalikan kenangan lama ketika Mane dikenakan kad merah selepas menerjah tinggi yang membawanya berjahit muka dalam kemenangan City 5-0 di awal musim.
Sekembali di separuh masa kedua, City terus memburu gol seterusnya sehinggalah Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-56 yang membawa kepada agregat 1-4.
Ia seakan membunuh semangat juang pasukan dengan bebanan berat yang harus digalas. Namun para penyokong City terus memberi sokongan semangat tanpa henti
City terkeluar dari Liga Juara-Juara Eropah musim ini namun akan kembali semula musim depan dengan lebih persediaan.