Pep Guardiola Pilih Kekal Bersama Manchester City

Baru-baru ini beberapa laporan di Itali menyatakan pengurus Manchester City, Pep Guardiola sudah bersetuju untuk menyertai kelab gergasi Serie A, Juventus.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa Pep Guardiola setuju dengan kontrak bernilai €24 juta semusim untuk menggantikan Max Allegri dan beliau akan diberikan dana besar dalam perpindahan pemain.

Selain Juventus, Guardiola turut dikaitkan dengan beberapa kelab Itali antaranya AC MIlan dan Inter Milan

Bagaimanapun, salah seorang daripada eksekutif City Football Group – Alberto Galasi menganggap berita itu tidak berasas.

“Sebagai salah seorang ahli lembaga Manchester City, saya terkejut membaca berita mengarut ini,” katanya seperti dipetik dalam The 42

Namun begitu, Guardiola menegaskan dia tidak akan meninggalkan city untuk melatih pasukan di Liga Itali kerana menyifatkan suasana di Liga Perdana Inggeris jauh lebih baik berbanding liga Sepanyol dan Jerman.

Sepanjang dibawa kendalian Guardiola, City mendominasi saingan domestik di Inggeris musim ini apabila menang Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Liga Inggeris.

Dominasi City itu bukan datang dalam masa yang cepat, malah Guardiola melalui musim sukar pada tahun pertama apabila gagal menyumbang sebarang trofi buat pasukan.

Bagaimanapun, penyokong City tidak mencemuhnya sebaliknya memberikan sokongan berterusan.

“Tak ada tempat yang lebih baik untuk bekerja menjadi pengurus selain di Liga Inggeris. Saya pernah melatih pasukan di Sepanyol dan Jerman. Saya membayangkan Itali mirip dengan Sepanyol, jadi tak ada tempat lebih baik.

“Di beberapa tempat, penyokong mencemuh saya sekiranya tidak menang, tetapi di sini, mereka sentiasa menyokong saya.

“Saya masih ingat bahawa tahun pertama sangat sukar setelah kalah di Liga Juara-Juara menentang AS Monaco. Di Liga Perdana Inggeris pun kami gagal, tetapi semua orang masih menyokong saya.

“Itulah sebabnya saya akan terus kekal di sini dan meraih lebih banyak kejuaraan dengan City,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN