Quantcast

BERITA

Pep Guardiola: Menjuarai Liga Perdana Inggeris Lebih Penting Dari Mencipta Rekod

Walaupun Manchester City kini sedang memburu rekod untuk memperoleh 100 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Pep Guardiola tetap berpuas hati dengan apa yang sudah dikecapi anak buahnya ketika ini.

Pep Guardiola berkata kejayaan menjuarai EPL musim ini lebih manis dan penting berbanding mencipta rekod buat Manchester City.

Juara liga yang kini mencatatkan 94 mata dalam baki dua aksi sahaja lagi baru sahaja mengangkat piala berprestij dalam saingan England itu semalam, selepas pertemuan menentang Huddersfield Town yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Etihad.

Sekiranya berjaya menamatkan saingan liga musim ini dengan 100 mata, Manchester City bakal mencipta rekod sebagai kelab pertama EPL yang menjuarai liga dengan mencatatkan mata sedemikian.

”Kami tidak boleh menafikan bahawa ia sangat baik (untuk mencipta rekod), tetapi lebih baik dengan memenangi Liga Perdana Inggeris, itu merupakan perkara yang lebih penting.”

”Tetapi kami bercakap mengenai perkara ini. Sasaran tersebut membantu dalam mengekalkan fokus terhadap apa yang kami lakukan.”

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 06: Josep Guardiola, Manager of Manchester City is chucked into the air as they team celebrate winning the Premier League after the Premier League match between Manchester City and Huddersfield Town at Etihad Stadium on May 6, 2018 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

”Kami mencuba hingga ke akhirnya (ketika perlawanan), tetapi ia sangat sukar,” jelas pengendali berusia 47 tahun itu.

”Kami perlu menghadapi situasi ini. Pada perlawanan di Huddersfield (November lalu), menentang Southampton di gelanggang sendiri. Ia sangat hangat disana dan saya merasakan para pemain sedikit mengalami kesukaran terutamanya pada separuh masa pertama.”

Setelah berjaya menghadiahkan dua kejuaraan musim ini pada tahun keduanya bersama pasukan, Pep Guardiola yang mengetuai sidang media selepas perlawanan bersama seluruh kakitangan kejurulatihannya, beliau mengucapkan terima kasih di atas penerimaan para peminat Manchester City.

”Saya berasa sangat selesa. Saya rasa kami semua terasa seperti disayangi. Ia sangat bagus.”

”Ini merupakan kelab yang tanpa tradisi panjang dalam memenangi kejuaraan tetapi saya fikir tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam masa enam tahun bukanlah satu pencapaian yang buruk.”