Pep Guardiola Mahukan Soyuncu

Pep Guardiola mahukan pertahanan tengah Leicester City iaitu Caglar Soyuncu bagi memperbaiki krisis di barisan pertahanan mereka.

Soyuncu telah menjadi bakat yang cemerlang pada musim debut beliau di EPL. Soyuncu dibawa masuk oleh Leicester untuk menggantikan Harry Maguire yang dibeli oleh Manchester United.

Laporan di Turki menyatakan bahawa, Guardiola mahukan pemain ini pada sebarang kos. Kerana City masih berada dalam landasan persaingan piala domestik dan juga Liga Juara – Juara Eropah.

Kecederaan yang menimpa pemain seperti John Stones dan Aymeric Laporte telah memberikan impak yang besar kepada City.

City kini bergantung kepada Fernandinho dan juga peningkatan yang ditunjukkan oleh Eric Garcia. Namun itu tidak cukup bagi menampung isu krisis kecederaan dan kualiti pasukan.

Man City sedia menawarkan harga sekitar £38 juta untuk pemain tersebut. Namun mereka sedar Leicester sudah meletakkan tanda harga sekitar £60 juta untuk pemain tersebut.

Gaya permainan Soyuncu yang tenang ketika dengan bola serta kemampuan melakukan hantaran tepat, adalah aset yang terkuat menarik minat Guardiola.

Selain daripada Caglar Soyuncu, Man City turut memburu beberapa nama lain termasuk Ruben Dias dan Pau Torres.

Leicester buat masa ini tidak mahu menjual mana-mana pemain mereka. Namun jika ada perkara yang drastik berlaku dalam perpindahan kali ini, Leicester pastinya mahukan harga yang mahal.

Tambahan, Leicester bersaing dengan Man City untuk mengejar Liverpool di tangga teratas liga. Agak sukar untuk melihat mereka memberikan pemain mereka kepada pasukan pesaing mereka dalam carta liga, dan menguatkan mereka.

Namun begitu, segalanya terserah kepada Caglar Soyuncu yang turut melihat peluang untuk beliau terus bermain di City adalah cerah pada ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN