Pemain tengah Manchester City, David Silva masih mempunyai baki kontrak sehingga hujung musim hadapan, bagaimanapun Pep Guardiola mahukan pemain kelahiran Sepanyol itu kekal dengan lebih lama bersama The Cityzens.
Silva yang dibawa ke Etihad Stadium pada tahun 2010 memainkan peranan penting buat City dalam merangkul tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris setakat ini.
Sembilan musim beraksi di England, Silva telah berjaya menghasilkan 70 jaringan pada 370 penampilan bersama Manchester City.
Guardiola turut mengakui bahawa David Silva merupakan antara jenis pemain yang sukar untuk dijumpai.
”Dalam kes ini, ia bergantung kepada pemain. Bagi saya, jika dia (David Silva) masih cergas dan persembahannya sama seperti musim ini, saya lebih gembira.”
”Ia tidak mudah untuk mencari pemain sepertinya di seluruh dunia.”
”Tetapi saya fikir mereka perlu untuk memikirkan tentang diri mereka sendiri. Pada usia ini, minda mengawal kaki dan keinginan serta kesediaan untuk kekal beraksi.”
”Ia bergantung kepada dirinya.”
David Silva yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 pada 8 Januari lalu, merupakan antara pemain berpengalaman yang menjadi nadi kepada kekuatan Manchester City.