Pep Guardiola: “Saya Minta Maaf Jika Manchester United Tersingung”

Pep Guardiola telah menyampaikan permohonan maaf kepada Manchester United jika kelab berkenaan tersingung dengan cara pemain-pemainnya meraikan kemenangan 2-1 ke atas lawan mereka itu pada Ahad lalu.

Namun demikian, Guardiola tetap menegaskan bahawa pemain-pemainnya tidak bersalah kerana meraikan kemenangan tersebut.

Laporan daripada media di UK melaporkan sebelum ini bahawa pemain-pemain Manchester City meraikan kemenangan tersebut dengan suara dan muzik yang sangat kuat, sehingga mencetuskan pergaduhan di antara pemain dan kakitangan kedua-dua kelab.

(Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

Pergaduhan tersebut turut mengundang pihak FA untuk menuntut penjelasan daripada kedua-dua buah kelab  untuk insiden yang berlaku itu.

“Jika kami melakukan kesilapan, maka saya memohon maaf kepada seluruh pihak di Manchester United. Kami tidak berniat untuk melakukan provokasi, atau tidak menghormati lawan.”

“Mereka meraikan kemenangan tersebut di bilik persalinan. Jika ada pihak yang gagal memahami itu, maka saya memohon maaf,” ujar Guardiola dalam satu sidang media.

“Kami menang dalam perlawanan derbi. Jika ia menyebabkan United tersingung, maka ia bukan sekadar mengenai seorang pemain, bukan hanya Jose Mourinho. Tetapi Manchester United.”

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Semua pengurus akan meraikan kemenangan sebegini, dan adakalanya ia agak melebihi batas. Sebelum ini Manchester United turut meraikan kemenangan ke atas City.

“Tetapi perkara sebegini tidak timbul. Sudah tentu mana-mana pihak akan meraikan detik kemenangan sebegini.”

Sejurus selepas wisel penamat, pemain-pemain Manchester City turut meraikan kemenangan dengan penyokong mereka yang bertandang ke Old Trafford.

Namun demikian Pep Guardiola tidak menyertai pemain-pemainnya berbuat demikian walaupun beberapa kakitangan Manchester City mengarahkan beliau pergi menyertai mereka.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Pep Guardiola menegaskan, ia adalah perkara yang penting untuk pasukan ini menunjukkan tanda terima kasih kepada penyokong. Namun beliau mengelak dari berbuat demikian selepas insiden kontroversi melibatkan beliau dengan pemain Southampton, Nathan Redmond.

Manchester City akan bertandang ke Swansea untuk mengekalkan kelebihan 11 mata sebagai pendahulu EPL, manakala Manchester United akan menanti kunjungan Bournemouth pada awal pagi esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN