Pep Guardiola: “Liverpool & Tottenham Lebih Baik Berbanding Man City Ketika Ini”

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui 2 pencabar terdekat kejuaraan Premier League beliau ketika ini adalah pasukan yang lebih baik buat masa ini.

Menurut Sky Sports, Guardiola mengakui Liverpool dan Tottenham Hotspur berhak untuk menduduki kedudukan liga yang mereka sedang huni ketika ini.

Buat masa sekarang, Liverpool mengekalkan kedudukan teratas liga selepas menewaskan Newcastle United dan Tottenham Hotspur pula ditangga kedua.

“Liverpool dan Tottenham Hotspur berhak untuk berada di mana mereka ada sekarang. Mereka memenangi perlawanan sementara kami tidak menang maka jurang antara kami semakin besar.”

“Isu disini adalah ada pasukan yang buat lebih baik berbanding kami. Itulah realiti.”

“Mereka jelas lebih baik berbanding kami ketika ini, kita kena terima itu.”

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 22: Josep Guardiola, Manager of Manchester City reacts during the Premier League match between Manchester City and Crystal Palace at Etihad Stadium on December 22, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Guardiola mengakui 2 pasukan tersebut jelas cukup konsisten dalam mendapatkan mata berbanding pasukannya yang kini sudah tewas 2 perlawanan berturut-turut dalam saingan liga.

Manchester City kalah kepada Leicester City di tempat lawan selepas memboloskan gol minit akhir oleh Ricardo Pereira.

Walaupun begitu, pengurus Manchester City itu berkata pasukannya telah mengutip mata yang cukup untuk terus kekal dalam perebutan kejuaraan.

“Musim lalu, kami begitu konsisten dalam mengutip mata dan pada kali ini 2 pasukan ini telah melakukan dengan cukup baik.”

“Pusingan pertama telah pun tamat dan semestinya kami ada 2 kekalahan ini (kepada Crystal Palace dan Leicester City), tetapi kami telah lakukan yang secukupnya untuk bergelar juara!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN