Pep Guardiola: Khidmat Raheem Sterling Masih Diperlukan Manchester City

Sterling

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelaskan bahawa juara Liga Perdana Inggeris 2017/18 itu masih memerlukan khidmat pemain lincah, Raheem Sterling untuk bersama pasukan.

Pengendali dari Sepanyol itu turut menegaskan pemain berusia 23 tahun tersebut masih berada dalam perancangannya dalam usaha Manchester City mempertahan kejuaraan yang dimenangi.

Sterling masih mempunyai kontrak sehingga tahun 2020 tetapi langkah bagi memeterai kontrak baharu melibatkan kedua-dua belah pihak masih menemui jalan buntu.

Menurut sumber Goal, Guardiola berkata: ”Tidak syak lagi bahawa kami memerlukan khidmatnya (Raheem Sterling).”

”Dia tahu mengenai perkara ini, ejennya juga tahu yang kami mahukan khidmatnya. Txiki Begiristain (Pengarah Bola Sepak Manchester City) telah bercakap kepadanya.”

”Ia jelas sejak hari pertama saya sampai, saya mahukan khidmatnya tetapi tawaran itu adalah tawaran dan ejen adalah ejen serta pemain adalah pemain.”

”Jadi, pada akhirnya saya tidak tahu apa yang bakal berlaku tetapi saya memberi jaminan 100% kepada anda bahawa kelab ini, saya seperti pengurus, pengarah sukan, termasuk juga rakan sepasukan, kami mahu dia untuk kekal lama di sini.”

Raheem Sterling merupakan antara sandaran utama buat Manchester City ketika meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao musim lalu.

Beliau juga telah berjaya menjaringkan 23 gol buat City dan musim lalu juga merupakan antara musim yang hebat buat beliau.

Cabaran Pep Guardiola dan anak buahnya bakal bermula malam ini apabila Manchester City akan bertemu juara Piala FA, Chelsea pada perlawanan Perisai Komuniti di Wembley.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN