Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dilaporkan mahu kelabnya membawa bintang kelahiran Portugal, Rúben Neves untuk menyertai pasukan mereka pada jendela perpindahan Januari nanti.
Neves yang ketika ini bersama pasukan Wolverhampton Wanderers telah menjadi tumpuan selepas mempamerkan persembahan yang memukau pada penampilan sulungnya di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bertemu Everton minggu lalu.
Dalam perlawanan tersebut, Neves telah berjaya menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan gol sekaligus menyelamatkan pasukannya dari kekalahan keatas Everton.
Tawaran sebanyak £60 juta kepada Wolves
Aksi cemerlang yang dipamerkan Neves telah berjaya ‘memikat hati’ pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
Menurut sumber dari ESPN, Pep menegaskan bahawa beliau mahu pemain itu menyertai pasukannya pada separuh kedua musim ini.
Pep meminta Manchester City mengemukakan tawaran sebanyak £60 juta kepada Wolves agar mereka melepaskan pemain tengah berusia 21 tahun itu.
Pep mahu menjadikan Neves sebagai pengganti keatas kegagalan kelabnya mendatangkan Jorginho musim ini.
Liverpool Dan Manchester United Turut Berminat
Sebelum ini, Neves turut menjadi sasaran kelab-kelab besar seperti Liverpool dan Manchester United yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.
Namun, bekas pemain FC Porto menolak tawaran dari kedua-dua pihak dan memilih untuk menyertai pasukan division kedua, Wolves.
Neves menyertai Wolverhampton pada pertengahan tahun 2017 dengan nilai perpindahan dilaporkan sebanyak £ 15 juta (RM 78.247 juta).
Nilai harga perpindahan tersebut telah mencatatkan nilai paling tertinggi yang pernah dilakukan Wolves dalam urusan pembelian pemain sepanjang sejarah kelab tersebut.