Pep Guardiola: “Kecederaan Benjamin Mendy Lebih Teruk Dari Jangkaan Kami”

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mendedahkan kecederaan yang dialami oleh pemain pertahanan, Benjamin Mendy adalah jauh lebih teruk daripada sangkaan awal.

Ini menjadikan Pep Guardiola dalam keadaan bersedia untuk membawa pengganti kepada Mendy menjelang jendela perpindahan Januari akan datang.

(Photo by Manchester City FC/Manchester City FC via Getty Images)

Benjamin Mendy yang tiba di Etihad daripada Monaco dengan tanda harga £49.2 juta pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, mengalami kecederaan pada ligamen lutut kanan ketika perlawanan menentang Crystal Palace pada Sabtu lalu.

City menewaskan Palace 5-0 dalam perlawanan tersebut, menyaksikan Mendy dikeluarkan pada minit ke-29 perlawanan oleh Danilo selepas tidak dapat meneruskan perlawanan.

Guardiola turut mendedahkan bahawa Mendy akan diterbangkan ke Barcelona untuk bertemu dengan doktor pakar bagi mendapatkan pandangan dan sejauh mana tahap kecederaan yang menimpa Mendy.

City belum jelas akan tahap kecederaan yang menimpa Mendy, namun Guardiola mengesahkan pemain pertahanan antarabangsa Perancis itu mungkin tidak akan dapat beraksi untuk beberapa bulan akibat daripada kecederaan tersebut.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Guardiola dipetik sebagai berkata:

“Mendy akan pergi ke Barcelona, dan kami akan melihat secara terperinci tahap kecederaan tersebut,” kata Guardiola selepas kemenangan 2-0 ke atas Shaktar Donetsk dalam pertandingan UEFA Champions League (UCL) awal pagi tadi.

“Tanggapan awal kami ialah kecederaan tersebut akan meminggirkan Mendy daripada aksi untuk beberapa tempoh yang agak panjang. Malah lebih lama dari yang kami jangkakan.”

“Kecederaan tersebut amat mengecewakan Mendy. Sama seperti kecederaan yang menimpa Ilkay Gundogan (gambar bawah), saya bersimpati untuk mereka berdua.”

“Sedikit sebanyak kecederaan Mendy akan merencatkan bola sepak yang kami mahu tampilkan. Kehadiran Mendy adalah signifikan sejak beliau menyertai kami. Maka kecederaan ini benar-benar mengecewakan.”

(Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

Penilaian tahap kecederaan di Barcelona adalah prosedur biasa bagi Manchester City.

Sebelum ini Kevin De Bruyne dan juga Vincent Kompany turut dihantar untuk mendapatkan rawatan di bandar Catalonia itu untuk bertemu dengan seorang doktor pakar yang dikenali sebagai Dr. Roman Cugat pada musim lepas.

Guardiola membelanjakan £130 juta untuk 3 pemain pertahanan dalam tempoh 10 hari pada musim panas lalu. Kecederaan yang menimpa Mendy bermakna Guardiola mungkin akan berbelanja lagi pada Januari untuk memperkuatkan posisi pertahanan, terutama posisi bek kiri yang diisi oleh Mendy.

(Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

“Kita akan lihat menjelang Januari. Perancangan awal ialah untuk membawa masuk pemain bek kiri baharu pada jendela perpindahan musim panas akan datang.”

“Kami akan menilai kembali posisi kami untuk itu. Kami mempunyai pilihan pemain lain di posisi tersebut buat masa ini. Danilo, Fabian Delph turut boleh mengisi kekosongan tersebut.”

Mendy merupakan satu-satunya pemain asal beraksi sebagai bek sayap di sebelah kiri dalam skuad Manchester City. Delph beraksi dalam perlawanan awal pagi tadi ketika berhadapan dengan Shahktar namun Danilo dijangkakan akan lebih kerap beraksi di posisi tersebut.

Sumber:

1. Sky Sports (2017): Benjamin Mendy set for long spell out for Man City with knee injury; http://www.skysports.com/football/news/11679/11055261/benjamin-mendy-set-for-long-spell-out-for-man-city-with-knee-injury

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN