Gara-gara kerana mempertikaikan pemilihan pengadil Anthony Talylor sebelum perlawanan tetangga menentang Manchester United minggu lepas, pengurus Manchester City, Pep Guardiola diberi amaran rasmi oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) susulan komennya terhadap pengadil tersebut.
Guardiola melanggar peraturan FA apabila membincangkan mengenai kesesuaian pelantikan pegawai perlawanan itu yang berasal dari pinggiran Manchester iaitu Wythenshawe.
BREAKING: Manchester City manager Pep Guardiola has been warned after avoiding FA charge for comments about referee Anthony Taylor ahead of Manchester derby. #SSN pic.twitter.com/xcykeiu7ta
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 21, 2018
Sekalipun Guardiola menyokong Taylor dan menolak sebarang potensi berat sebelah, pengurus pasukan tidak dibenarkan bercakap mengenai pengadil sebelum perlawanan.
Bos Manchester United, Jose Mourinho pernah didenda AS$64,000 (RM267,000) pada November 2016 kerana bercakap mengenai Taylor menjelang perlawanan dengan Liverpool.
#PepGuardiola went against #EnglandFA rules by discussing the suitability of the appointment of #AnthonyTaylor, who is from a Manchester suburb, for the match between #ManchesterCity and #ManchesterUnited.https://t.co/Deix3pT2IJ
— Firstpost Sports (@FirstpostSports) November 21, 2018
Begitupun, beliau mengetahui peraturan itu dan sudah diberikan amaran atas kesalahan serupa ketika bergelar jurulatih Chelsea.
Kesalahan pertama yang dilakukan oleh Guardiola
Memandangkan ia merupakan kesalahan pertama Guardiola dan komennya turut dianggap sebagai neutral, difahamkan sebarang bentuk hukuman tidak diperlukan.
Guardiola berkata: “Pengadil tidak mahu melakukan kesilapan kerana beliau tahu semua orang di dunia menyaksikannya. Jika beliau peminat United atau City, semua orang boleh menjadi peminat atas apa saja yang mereka mahukan jadi ia bukan masalah.”
https://twitter.com/LiamPaulCanning/status/805053718513205248
Taylor menerima pujian menggunung susulan prestasinya pada perlawanan itu awal bulan ini yang menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris, City menang 3-1.