Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyatakan penyerang baharu mereka iaitu Erling Haaland tidak akan menjadi penyelesaian semua masalah dihadapi kelab tersebut, selain mahu membentuk penyerang tersebut menjadi lebih bagus pada masa akan datang.
Penyerang sensasi berharga £51 juta itu sudah pun mula meninggalkan tanda positif buat pasukan diwakilinya itu ketika mereka merekodkan kemenangan 2-0 ke atas West Ham United semalam.
FULL-TIME | We begin our @premierleague season with 3️⃣ points! ✅
⚒️ 0-2 🔵 #ManCity pic.twitter.com/gVqESTTHJx
— Manchester City (@ManCity) August 7, 2022
Setelah beliau gagal untuk menyudahkan setiap peluang terhidang pada aksi Community Shield lalu sehingga City mencatat kekalahan di tangan Liverpool dengan keputusan 1-3, kini Haaland kembali mempamerkan taring sebenar untuk meledak dua gol semalam ketika berhadapan para pemain kendalian David Moyes.
Namun, Pep menyatakan beliau tidak akan menjadikan kelab bimbingannya itu terlalu bergantung harap kepada Haaland untuk mendapatkan jaringan.
“Secara keseluruhan, para pemain beraksi dengan sangat bagus pada perlawanan semalam, dan Haaland untuk dua gol beliau awal musim ini sesuatu yang bagus buat dirinya dan kami.
“Haaland kini menjadi pemain ancaman kami untuk berdepan pasukan lain, namun penyerang tersebut tidak akan menjadi penyelesaian masalah kami musim ini.
“Haaland akan menjadi nilai tambah buat pasukan kami. Tetapi, jika kami terus bergantung kepadanya, kami akan membuat kesilapan.
“Seminggu yang lalu, Haaland masih lagi tidak dapat mencapai persefahaman dengan rakan sepasukan dan cara permainan EPL, kini beliau sudah pun meletakkan dirinya sebaris pemain seperti Thierry Henry, Alan Shearer, dan Cristiano Ronaldo.
“Jadi, saya sangat gembira untuk dirinya. Dua gol telah diledak beliau, dan perdebatan tamat.
“Dia sudah meledak jaringan sebelum itu ketika bersama Salzburg dan Dortmund, dan harapan kami pastinya beliau mampu meledak di sini juga,” jelas Pep menerusi ESPN.
65. IT'S TWO!!!!!!
⚒️ 0-2 🔵 #ManCity pic.twitter.com/4B0DiRwhwu
— Manchester City (@ManCity) August 7, 2022
Bila pengendali tersebut tiba pada tahun 2016 untuk melatih City, beliau telah menggesa Sergio Aguero untuk tampil dengan lebih baik dalam corak permainannya supaya menjadi lebih baik.
Oleh itu, Pep juga mahu Haaland terus mengembangkan gaya permainannya supaya boleh terus menjadi pemain yang diharapkan oleh pasukan pada masa akan datang.
.@KevinDeBruyne 🤝 @ErlingHaaland#ManCity pic.twitter.com/QbSBOKozCC
— Manchester City (@ManCity) August 7, 2022
“Haaland sertai City dengan tempoh kontrak selama lima tahun, apa yang kami harapkan beliau dapat terus bersama untuk tempoh masa tersebut atau mungkin lebih lama.
“Beliau boleh menjadi aset yang bagus untuk kami, tetapi kami boleh mendapat sesuatu yang lebih daripada Haaland dan memberi nilai tambah buat pemain tersebut untuk menjadikan dirinya pemain bagus, bukan sekadar sebagai peledak gol.
“Saya masih belum tahu semuanya mengenai Haaland. Jadi kami masih perlukan masa untuk membentuk beliau.
“Apa yang saya tahu, Haaland bijak menghadapi kritikan minggu lalu dan beliau dilihat sangat tenang.
“Saya masih lagi tidak tahu bagaimana Haaland akan memberi tindak balas setelah menerima pujian pada perlawanan semalam, tetapi saya suka keyakinan beliau sewaktu mengambil sepakan penalti,” puji Pep.