Guardiola Bidas Kritikan Yaya Toure Mengenai Isu Perkauman Terhadap Pemain Afrika

Sejak dari dulu lagi, hubungan antara pengurus Pep Guardiola dan juga pemain Yaya Toure mesti mempunyai pasang surutnya.

Terbaru, Toure mengeluarkan kenyataan mengatakan Guardiola mempunyai sifat perkauman atau rasis terhadap pemain dari Afrika.

Menurut Toure, Guardiola mungkin tidak melayan beliau seperti beliau melayan pemain-pemain lain kerana beliau merupakan pemain yang berasal dari Afrika.

Namun begitu, kenyataan yang Toure lakukan itu berjaya mendapat respon dari Guardiola.

Dalam sebuah temu ramah dalam rancangan di Catalunya, Guardiola membakul sampahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Toure itu.

Menurut Guardiola, Toure sendiri tahu yang beliau bukanlah seorang pengurus yang bersifat perkauman.

“Dia sendiri tahu yang saya bukanlah pengurus yang bersifat perkauman.”

“Tapi apabila dia sudah keluarkan kenyataan macam itu, apa boleh kita lakukan?”

Guardiola dan Toure menghabiskan masa bersama di Manchester City selama dua tahun dan pengurus tersebut menyoal mengapa pemain itu tidak pernah berbincang dengannya mengenai isu ini.

“Kami berdua sudah berada di sini (Manchester City) untuk dua tahun.”

“Kita ada dua tahun, jadi beliau 365 hari campur 365 hari untuk berjumpa saya dan bercakap dengan saya mengenainya.”

“Tetapi tidak ada satu hari pun dia datang kepada saya dan bercakap mengenainya.”

Guardiola turut berasakan segalanya tidak lagi berbaloi andai Toure menyuarakan hal ini selepas beliau keluar dari kelab.

“Jika beliau berkata mengenai perkara ini selepas beliau tinggalkan kelab. Abaikan, ianya tidak lagi berbaloi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN