Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bengang kerana pemain Liverpool iaitu James Milner tidak dibuang padang semalam.
Dalam aksi sengit melibatkan kedua-dua pasukan di Anfield semalam, Milner yang beraksi di pertahanan kanan mengalami perlawanan yang sukar.
Mana tidaknya, beliau terpaksa mengawal Phil Foden di separuh masa pertama dan Jack Grealish ketika babak kedua.
Aura Anfield
Milner mengutip kad kuning di separuh masa pertama apabila beliau mengasari pemain City.
Masuk separuh masa kedua, Milner melakukan kesilapan yang sama dan pada pengamatan Guardiola, pemain veteran itu sepatutnya dibuang padang.
“Ianya adalah kad kuning, ianya terlalu jelas,” kata Guardiola kepada Sky Sports selepas perlawanan.
Dalam masa yang sama, Guardiola turut menambah pengaruh stadium juga memainkan peranan kenapa pengadil Paul Tierney tidak membuang Milner.
Kata Guardiola, stadium-stadium utama seperti Anfield dan Old Trafford memberikan aura yang membuatkan pengadil sukar untuk memberikan keputusan buruk kepada tuan rumah.
Tapi kalau pemain City yang buat, laju saja pengadil berikan kad merah.
“Ianya adalah Anfield, ianya adalah Old Trafford. Jika dalam situasi yang sama, pemain Manchester City akan dibuang padang [kerana kesalahan yang sama].”
“Saya faham tetapi situasi ini akan mengubahkan keputusan perlawanan sama ada 1-0, 1-1, 2-1, 2-2. Ianya terlalu jelas.”
“Intepretasi saya mungkin melampau tetapi ianya jelas kad kuning kedua.”
🗣"It's a yellow card. It's Anfield, it's Old Trafford. If this was a City player it's a red card."
Manchester City boss Pep Guardiola was not happy with James Milner failing to get sent off for Liverpool. pic.twitter.com/VKACEcJXKb
— Football Daily (@footballdaily) October 3, 2021
Guardiola dan City terlibat dalam aksi perlawanan Premier League yang klasik apabila mereka terikat seri dengan Liverpool di Anfield.
Mereka bangkit setelah dua kali ketinggalan menerusi jaringan Foden dan Kevin De Bryune.
City memasuki fasa minggu bola sepak antarabangsa dengan menduduki tangga ketiga Premier League – ditinggalkan oleh Chelsea dan Liverpool.