Pep Guardiola mahu wartawan melupakan teori yang menyatakan pasukan Manchester City berpotensi menjadi pasukan yang tidak kalah sepanjang musim ini ataupun invincibles.
Guardiola menyatakan, salah satu sebab kenapa mereka jatuh merudum pertengahan musim lalu kerana pemain terlalu terbuai-buai dengan permulaan yang cemerlang.
Pada masa yang sama ada, pada musim lalu juga ada beberapa wartawan melabel City berpotensi menjadi invincibles dan Guardiola ketika itu kurang bersetuju dengan teori tersebut.
“Kami memulakan musim ini, sama seperti yang kami lakukan musim lalu. Soalan yang sama anda tanyakan kepada saya musim lalu.”
“Kita baru di bulan Oktober. Kita sendiri bergelut untuk menang dalam 2 – 3 perlawanan terakhir yang agak sukar. Kami perlu lebih tenang dan fokus kepada apa yang kami lakukan.”
“Kami mencatatkan keputusan yang baik dalam perlawanan demi perlawanan. Tetapi kami hanya akan menilai persembahan kami pada akhir musim.”
“Kami OK sahaja, ia sama dengan apa yang kami lakukan (pada permulaan) musim lalu.”
“Jadi jika anda bertanya sama ada kami mampu menamatkan musim tanpa kekalahan? Saya sudah jawab ia dalam sidang media saya sebelum ini.”
“Lupakanlah!”
Manchester City kini berada di tangga teratas liga, 5 mata di atas United dan Spurs. Mereka akan berhadapan dengan West Brom dalam perlawanan EPL seterusnya.