Penyokong Vietnam Membakar Tiket Kerana Layanan Buruk Manchester City

Video seorang penyokong Vietnam membakar 10 keping tiket perlawanan Vietnam XI menentang Manchester City menjadi viral di Vietnam selepas pemain Manchester City dikatakan memberikan layanan buruk kepada penyokong mereka di sana.

Lelaki yang membakar tiket tersebut memberitahu beliau menunggu 12 jam di hadapan Stadium My Dinh untuk membeli tiket perlawanan.

Bagaimanapun apabila berita (satu lagi video) pemain Manchester City memberikan layanan buruk kepada penyokong mereka di Vietnam tersebar luas, ramai rakyat Vietnam menjadi marah.

Video tersebut memberi inspirasi kepada penyokong Vietnam ini untuk membakar 10 tiketnya sebagai tanda protes.

vietnammancity3-compressed

vietnammancity4-compressed

Majoriti peminat bola sepak di Vietnam bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut. Malah mereka membandingkan layanan pemain Manchester City dengan pemain Arsenal yang jauh lebih baik ketika Arsenal melawat Vietnam pada 2 tahun lepas.

Ketika lawatan pra-musim Arsenal di Vietnam, seorang peminat Arsenal di Vietnam berlari mengejar bas pemain Arsenal. Pemain Arsenal bersorak ‘sign him up’ sebelum Arsene Wenger menjemput peminat tersebut masuk ke dalam bas bersama pemain-pemain dan staf Arsenal.

Arsenal FC Media Activity in Jakarta

Dalam perlawanan antara pasukan kebangsaan Vietnam dengan Manchester City semalam, City membelasah Vietnam 8-1. Nguyen Van Quyet menjaringkan gol tunggal Vietnam.

Baca: Seorang Remaja Nekad Membuang Jersi Newcastle United Dan Mula Menyokong Manchester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN