Penyokong Valencia Mahu Peter Lim Berambus

Penyokong Valencia CF telah melancarkan protes besar-besaran ke atas pemilikan Peter Lim. Protes itu dilakukan sebelum sepak mula menentang Leganes, di luar stadium.

Dan kemudiannya protes itu turut dilakukan di dalam stadium. Di media sosial mereka menggunakan tanda pagar #LimGoHome.

Para penyokong Valencia berkumpul di luar Estadio Mestalla, dengan kain rentang  ‘Lim Go Home’ (Lim Balik Ke Tempat Asal Kamu). Mereka mahu pemilik dari Singapura itu meninggalkan kelab mereka dan pulang ke negaranya serta merta.

Hubungan Lim dengan penyokong mulai retak apabila pada 2014 beliau membeli sehingga 70% daripada saham kelab. Ketika itu, Lim dirasakan menggunakan taktik licik untuk memujuk beberapa pemegang saham menjual pemilikan mereka kepada beliau

Selepas itu, para penyokong agak reda. Kerana Lim menunjukkan kesungguhan beliau berbelanja untuk kelab.

Namun, kemarahan penyokong kembali memuncak apabila Peter Lim memecat pengurus kelab, Marcelino. Para penyokong mendengar rintihan Marcelino yang menyatakan beliau masih mahu membimbing kelab itu.

Penyokong marah kerana Marcelino mengembalikan semula Valencia ke UCL dan pada masa yang sama membantu kelab itu memenangi piala domestik Copa Del Rey.

Marcelino memberitahu wartawan sebelum ini: “Tidak pasti apa sebab saya dipecat. Mungkin kerana saya membantu kelab ini memenangi Copa Del Rey.”

Beberapa minggu sebelum itu Peter Lim memberikan jaminan bahawa Marcelino akan kekal bersama Valencia dan mendapat sokongan daripada beliau.

Perkara itu diluahkan sendiri oleh Marcelino kepada wartawan. Namun, tak sampai 24 jam daripada kenyataan Marcelino itu, beliau dipecat, dan digantikan dengan Albert Celades – pembantu Marcelino.

Para penyokong tidak suka dengan layanan Peter Lim ke atas Marcelino. Dan mereka mahu pemilik itu segera berambus.

Beberapa orang penyokong ditahan pihak stadium kerana protes ini. Mereka melaungkan VCF Yes, Lim No (Ya untuk Valencia, tidak untuk Lim). Lim boleh pergi balik.

Di atas padang, Valencia mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Leganes.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN