Penyokong Tottenham Hotspur Faham Tindakan Kelab Tangguh Buka Stadium Baharu

Baru-baru ini, Tottenham Hotspur telah membuat keputusan untuk menangguhkan pembukaan stadium baharu mereka.

Hal ini disebabkan terdapat isu mengenai keselamatan stadium yang masih lagi belum diselesaikan.

Menurut laporan Sky Sports, kumpulan penyokong Tottenham Hotspur Supporters’ Trust (THST) mengakui mereka memahami akan situasi yang dihadapi oleh kelab itu.

Mereka akur dengan keputusan kelab yang mahu menangguhkan pembukaan stadium baharu, tetapi mereka mahukan komunikasi yang lebih jelas dari pihak kelab.

during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Newcastle United at Wembley Stadium on May 9, 2018 in London, England.

Hal ini kerana menurut wakil mereka, permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak kelab telah meredakan kemarahan penyokong mereka mengenai penangguhan ini.

Akan tetapi, masih terdapat beberapa perkara yang masih lagi belum dijawab oleh pihak kelab.

“Saya rasa ramai pihak kecewa kerana kita tidak dapat pulang ke rumah sedangkan kita sangka kita akan pulang ke rumah.”

“Saya dapat jangkakan ada kekecewaan dalam kalangan penyokong kerana ketidakbukaan kelab dalam hal ini.”

“Saya sedar kelab tidak sepatutnya menjadi terbuka dalam setiap perkara, terutamanya dalam seperti ini.”

Dalam perancangan awal menyaksikan Tottenham Hotspur akan kembali ke stadium mereka dalam perlawanan menentang Liverpool dalam aksi Premier League.

during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Leicester City at Wembley Stadium on May 13, 2018 in London, England.

Namun begitu hasil dari penangguhan ini menyaksikan mereka dijangka akan kembali pada bulan Oktober.

Hal ini menyaksikan mereka akan kekal beraksi di Wembley sehingga mereka boleh kembali ke stadium tersebut.

Pihak kelab telah melakukan permohonan maaf dan telah menawarkan pulangan wang semula kepada penyokong untuk 2 perlawanan pertama di stadium baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN