Quantcast

BERITA

Penyokong Tottenham Hotspur Bidas Kelab Tidak Beli Sebarang Pemain Baharu

Tottenham Hotspur menjadi satu-satunya pasukan di Premier League yang tidak membeli pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Hal ini cukup kontra dengan pendatang baharu iaitu Fulham yang menghabiskan lebih £100 juta untuk mendapatkan pemain baharu.

Badan penyokong kelab tersebut iaitu  Tottenham Hotspur Suppoters’ Trust (THST) telah mengeluarkan kenyataan rasmi membidas kelab tersebut.

Menerusi laman THST, mereka berpendapatkan yang pasukan mereka mampu menikmati besarnya skuad mereka menerusi squad depth yang baik.

Hal ini kerana, mereka berpendapat para pemain mereka masih lagi letih dari tugasan Piala Dunia.

“Penyokong datang untuk melihat pasukan bermain. Para pemain utama yang akan memulakan saingan musim ini majoritinya masih lagi penat dari tugasan Piala Dunia.”

“Dan pusingan skuad pastinya akan memberikan faedah kepada pasukan buat masa ini.”

Untuk rekod, 9 pemain Tottenham Hotspur terlibat dengan siri separuh akhir Piala Dunia 2018.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 11: Marcelo Brozovic of Croatia competes for a header with Harry Kane of England during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between England and Croatia at Luzhniki Stadium on July 11, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Dalam masa yang sama THST turut membidas kelab yang cakap tetapi tidak serupa bikin.

Tottenham Hotspur telah menaikkan harga tiket dan nyata keputusan itu tidak disenangi THST.

THST memberikan kritikan mengenai perkara tersebut, namun kelab menolak kritikan tersebut.

“Kami memberikan kritikan kepada Tottenham Hotspur mengenai isu kenaikan harga tiket. Tetapi kelab menolaknya.”

“Kata mereka jika harga tiket tidak dinaikkan, penyokong tidak boleh menjangkakan sebarang pembelian pemain baharu pada jendela perpindahan.”

“Penyokong akur dengan keputusan itu, namun sekarang ini tiada pun pemain baharu yang dibeli.”

THST sedar dalam dunia bola sepak moden kutipan duit tiket tidak memberikan kesan kepada bajet pembelian pemain.

Jadi mereka mempersoalkan duit hasil kutipan tiket itu digunakan untuk apa?

“Kami menyedari kutipan tiket tidak lagi menjadi asas kepada kewangan pasukan untuk bajet pembelian pemain dan juga gaji.”

“Tetapi kutipan tiket di kelab ini telah meningkat daripada sebelum ini. Kami tertanya-tanya duit itu digunakan untuk apa sebenarnya?”

“Kami dimaklumkan pembinaan stadium tidak akan menggangu aktiviti jual beli, tetapi sekarang lain pula ceritanya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!