Penyokong Terengganu Tuntut Ivan Mamut Lebih Tajam Untuk Aksi Seterusnya

Sekelompok besar penyokong Terengganu meluahkan pendapat supaya penyerang import Sang Penyu, Ivan Mamut musim ini terus konsisten di hadapan gol selaku penjaring utama pasukan tersebut musim ini.

Mamut yang ditandatangani Terengganu musim ini dianggap kurang memberansangkan daripada segi sumbangan beliau di hadapan gol serta tumpul.

Aksi yang dipamerkan beliau itu menyaksikan Mamut menjadi mangsa kritikan di media sosial dalam kalangan penyokong Sang Penyu yang tidak berpuas hati akan sumbangan dipamerkan oleh penyerang dari Croatia itu.

Walaupun begitu, Mamut berjaya membuktikan dirinya antara yang berbaloi ditandatangani Terengganu selepas pemain tersebut meledak hatrik ketika aksi pembukaan Piala Malaysia 2023 menentang KL Rovers.

Aksinya yang cemerlang ketika itu jelas mendapat pujian daripada segelintir penyokong serta ada yang mengharapkan beliau terus kekal konsisten pada perlawanan akan datang.

Untuk aksi Liga Super, Mamut merupakan penjaring terbanyak buat Terengganu selepas sudah pun merekodkan tujuh jaringan daripada 19 perlawanan.

Menurut Mohd Isa Che Ariffin selaku Presiden Kelab Penyokong Terengganu, beliau mengakui ada peningkatan telah dipamerkan Mamut sejak aksi lalu ketika Sang Penyu berdepan KL Rovers.

Walaupun begitu, Mohd Isa juga menuntut supaya Mamut mampu mencapai konsistensi lebih tinggi untuk menjadi pertaruhan penting sebagai peledak utama pasukan.

“Bagaimanapun pemain itu perlu berusaha lebih gigih lagi untuk memperbaiki kelemahan bagi memastikan prestasinya lebih konsisten dalam setiap perlawanan lebih-lebih lagi setakat ini hanya dia seorang menjadi taruhan pasukan untuk merobek gawang lawan.

“Kami bagi pihak peminat setia turut mengharapkan Mamut tidak mendabik dada bagi mengelak dia hanyut dibuai pujian hasil empat jaringan dalam dua perlawanan itu kerana tugasannya masih jauh dan berliku.

“Kami harap berdepan Kelantan FC minggu depan, dia perlu lebih tajam di depan gawang bagi memastikan rentak kemenangan dapat diteruskan pasukan dalam misi mengintai kedudukan lebih baik dalam saingan liga,” katanya menerusi Harian Metro.

Untuk Mamut pula, pastinya kini semangat beliau semakin meluap-luap untuk membuktikan dirinya layak bergelar sebagai penyerang utama musim ini bersama Terengganu.

Menjadi antara pemain yang terus dikekalkan, Mamut perlu membuktikan kepada penyokong Sang Penyu menerusi kualiti penyudahnya dalam setiap perlawanan dihadapi mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN