Penyokong Terengganu Mahu Shahrul Nizam Kembali Dipanggil Sertai Harimau Malaya

Kelibat pertahanan utama Terengganu iaitu Shahrul Nizam Ros Hasni antara yang dinanti-nantikan oleh para penyokong bola sepak kebangsaan untuk kembali memperkuatkan Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Nama Shahrul Nizam sebenarnya bukan lagi suatu yang asing dalam arena bola sepak di Malaysia, selepas beliau sudah pun membuktikan segalanya terbaik buat Terengganu dalam saingan domestik serta antarabangsa.

Namun, situasi menjadi sedikit pelik selepas pemain tersebut masih lagi belum dipanggil sejak beberapa tahun ini untuk menyertai kem latihan pusat kebangsaan.

Kali terakhir beliau dipanggil ialah pada tahun 2022 sewaktu Malaysia dalam persediaan untuk mengharungi kelayakan Piala Asia 2023 bawah kendalian Kim Pan-gon.

Namun, Shahrul Nizam secara keseluruhan belum lagi mendapat peluang terbaik untuk mencipta penampilan sulung buat Harimau Malaya di pentas antarabangsa sehingga kini.

Melihat kepada komitmen tinggi diberikan kini oleh Shahrul Nizam buat Sang Penyu, maka tidak hairan ada penyokong menganggap beliau perlu diberi peluang sekali lagi buat Malaysia.

Jelas Mohd Isa Che Ariffin selaku Presiden Kelab Penyokong Bolasepak TFC, beliau berpendapat Shahrul Nizam sewajarnya diberi peluang kembali buat skuad kebangsaan atas beberapa sebab kukuh.

“Shahrul Nizam antara pemain berkualiti dalam skuad TFC sejak penampilan pertamanya pada musim 2021.

“Kekentalannya mengemudi benteng pertahanan bukan sahaja diakui barisan kejurulatihan, malah kami sebagai peminat turut melihat perkara itu.

“Buktinya pada musim lalu dan awal musim ini, dia mengekang asakan pemain lawan biarpun benteng pertahanan TFC tanpa pemain import akibat kecederaan dan dia bukan saja beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M), malah di peringkat Asia dalam saingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada musim lalu,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Menerusi perkongsian dibuat oleh laman Terengganu sebelum itu, Shahrul Nizam secara keseluruhan kini sudah pun mencipta 101 penampilan buat pasukan tersebut bersama kualiti cukup berkualiti.

Di saat kebanyakan pasukan lain giat menggunakan import di posisi pertahanan tengah, Shahrul Nizam membuktikan anak tempatan masih lagi mampu untuk mengetuai bahagian tersebut bersama Terengganu.

Malah, pada usia masih muda beliau turut memegang tanggungjawab selaku kapten Sang Penyu musim lalu untuk menghadapi aksi domestik serta mencabar Asia.

Maka tidak hairan mengapa kebanyakan penyokong bola sepak Malaysia membuat pertikaian mengapa Shahrul Nizam masih gagal untuk mendapat tempat buat pasukan kebangsaan kini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN