Penyokong Steaua Bucharest Kena ‘Troll’ Musuh Tradisi, Pamer Tifo Hina Kelab Sendiri

Seronok bukan apabila kita troll musuh kita?

Tapi apa rasanya bila kita yang jadi mangsa troll? Lagi-lagi apabila kita dimalukan oleh dalam perlawanan penting di hadapan penyokong kita sendiri.

Dan itu yang terjadi kepada Steaua Bucharest, sebuah kelab Romania yang menjadi mangsa troll ketika berhadapan dengan Manchester City dalam aksi play-off  UEFA Champions League, 2 hari yang lalu.

Siapa yang troll penyokong Steaua Bucharest? Tak lain tak bukan – musuh tradisi mereka sendiri, iaitu penyokong Dinamo Bucharest!

Mengapa penyokong Dinamo Bucharest troll penyokong Steaua Bucharest?

Untuk pengetahuan anda, pada hujung minggu ini (Sabtu, 20 Ogos 2016) akan berlangsungnya Eternul Derbi (Derbi Selamanya).

Eternul Derbi ini merupakan perlawanan derby paling panas di Romania yang melibatkan dua kelab paling besar di Romania, Steaua Bucharest dan Dinamo Bucharest.

Troll yang dilakukan oleh penyokong Dinamo ini hanyalah merupakan teaser kepada permusuhan antara dua penyokong kelab yang dijangka akan mencapai klimaksnya pada hujung minggu ini.

Bagaimana troll ini bermula

Untuk menyambut kunjungan Manchester City, penyokong Steaua Bucharest merancang untuk mempamerkan sehelai tifo bersaiz mega di seksyen tempat duduk penyokong mereka.

Hasrat penyokong Steaua ini disokong oleh pemilik kelab mereka iaitu Gigi Becali.

Becali meminta agar penyokong menyediakan satu lagi tifo bersaiz mega untuk mengenang kemabli memori kejayaan Steaua Bucharest pada perlawanan akhir European Cup 1986 (menang penentuan penalti 2-0 menentang Barcelona).

Untuk memastikan pemasangan tifo di setiap tempat duduk penyokong Steaua menjadi lancar, mereka memerlukan bantuan staf pengurusan stadium.

Dan di sinilah troll bermula.

Penyokong Dinamo Bucharest menyamar

Ketika penyokong Steaua Bucharest mencari staf stadium untuk membantu mereka memasang tifo, beberapa penyokong Dinamo Bucharest yang menyamar sebagai staf stadium datang menawarkan diri untuk membantu.

Di sinilah kerja jahat penyokong Dinamo Bucharest bermula.

Mereka menyorokkan tifo milik penyokong Steaua Bucharest dan memasang tifo mereka tanpa disedari oleh penyokong Steaua Bucharest.

Troll yang berjaya

Kemudian ketika lagu rasmi UEFA Champions League dimainkan, maka naiklah satu tifo yang cukup memeranjatkan semua pihak, terutamanya penyokong Steaua Bucharest sendiri.

Ini kerana tifo yang dipasang oleh penyokong Steaua Bucharest adalah tifo yang mengagungkan musuh tradisi mereka sendiri iaitu Dinamo Bucharest!

Tanpa disedari mereka, penyokong Steaua Bucharest sebenarnya telah memasang tifo yang tertera mesej bertulis Doar Dinamo Bucuresti yang membawa maksud “hanya Dinamo Bucharest”.

Belumpun Eternul Derbi bermula, penyokong Steaua Bucharest sudah pun ‘tewas’.

Sudahlah kena troll dengan musuh ketat, kalah pula 5-0 dengan Manchester City. Bersabarlah wahai Steaua Bucharest.

Baca juga: Permusuhan Dua Pasukan (Rivalry): Perlukah Ia Dijadikan Tradisi Atau Dijauhi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN